AYER KEROH - Seorang lelaki jatuh terduduk sambil menangis teresak-esak
sebaik sahaja dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi
di sini, semalam kerana mengedar dadah hampir dua kilogram, tiga tahun
lalu.
Tertuduh, Khairul Nizam Zulkifli, 30, atau lebih dikenali sebagai Bob
turut meraung sambil berkata “Kenapa macam ni ayah, saya tak bersalah”
di dalam kandang pesalah setelah mahkamah bersurai.
Hukuman itu dijatuhi Hakim, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil selepas
memutuskan Bob bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 39B (1) (a)
Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B
(2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati mandatori.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati mengedar dadah jenis kanabis
seberat 1,831 gram di dalam kereta Proton Wira Aeroback yang diletakkan
di hadapan sebuah rumah di Jalan Bukit Baru, Solok Bukit Baru pada jam
6.40 petang, 24 Disember 2010.
Bob turut berhadapan pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang
boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama kerana memiliki dadah
jenis methamphetamine seberat 26.91 gram pada waktu, tarikh dan lokasi
yang sama.
Terdahulu, Abdul Karim menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh lima tahun
penjara dari tarikh ditangkap iaitu 24 Disember 2010 selepas
mensabitkan kesalahan bagi pertuduhan 39A (1). Namun hukuman akan
dijalankan sekiranya pertuduhan mengikut Seksyen 39B(2) diketepikan.
Karim dalam alasannya berkata, tertuduh didapati memberi keterangan
saling bercanggah mengenai beg hijau berisi dadah di dalam kereta
tersebut selain keterangan salah seorang saksi pembelaan tidak boleh
percayai dan diketepikan.
“Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan ke atas kesalahan yang hanya
ada satu sahaja hukuman. Dengan kuasa undang-undang diperuntukkan
kepada saya, dengan ini tertuduh dijatuhi hukuman gantung sampai mati,”
katanya.
Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haslinda Abu Bakar
melawan Bob yang diwakili peguam, Andrew Louders itu mula dibicarakan
pada 2012.
Bob sebelum ini dipanggil membela diri pada 8 Mac 2013 selepas mahkamah
mendapati pihak pendakwaan yang mengemukakan 16 saksi berjaya
membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan sebelum dia membuat
keterangan bersumpah dan memanggil empat saksi pembelaan.sumber
Saturday, 11 May 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah Hu robbi... semoga Allah terima taubat kau Krol...
ReplyDeletesedihnya....semoga dapat peluang kedua...tp kalau itu dah takdirnya,tabahlah wahai adikku dan terimalah takdir itu seadanya
ReplyDelete