Thursday, 2 May 2013
Filled Under:
kisah misteri dan seram
Kisah Seram : Diganggu puaka dari kubur
Posted By:
zamri spoon
on 01:30
Hantu memang wujud didunia ini. tapi tidak pernah kuduga aku akan berdepan dengan makhluk yang hodoh itu. Ceritanya begini. Dalam awal 1970an, aku dan suamiku telah berpindah kerumah baru kami.
Kedua dua anak kami ditinggalkan dirumah ibuku, memandangkan kami suami isteri keluar berkerja setiap hari. Kali pertama kali bermalam disitu, suamiku telah bermimpi ketika pulang dari kerja dan membuka pintu rumah, dia terlihat didalam rumah kami itu ada kubur cina yang masih baru, lengkap dengan bunga dan tanglong
. Keesokan harinya, suamiku pun bertanyakan pada seorang kawan yang memang mahir dalam perkara perkara yang aneh aneh. Kawannya menerangkan rumah kami itu bersententangan dengan sebuah bilik mayat dan tapak rumah kami itu adalah bekas tanah perkuburan cina. Oleh kerana suamiku berkerja shift, aku sering tinggak sendirian dirumah. Selang beberapa minggu tinggal disitu, aku mulai merasa tidak sedap hati.
Takut dan rasa seram sejuk barcampur baur apabila aku berseorangan dirumah. Kadangkala, apabila perasaan begitu terlalu kuat, aku akan kerumah kakak iparku, dan suamiku akan menyongsongku kesana. Kerap kali, semasa aku kesaorangan pada jauh malam menantikan kepulangan suami, aku merasakan seolah olah suamiku membuka pintu rumah, mengangat kasut dan meletakkannya di dapur, lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami.
Apabila aku membuka mata, beliau tidak ada. Setiap kali begitu, bulu romaku berdiri tegak. Pada suatu malam, ketika suamiku berkerja, aku telah dikjutkan suatu suara halus dan sayup sekali kedengarannya. Diantara tidur dan jaga itu. aku terdengar suara halus seorang perempuan berkata;"Abang tak da ya..tinggal sorang ya!" lalu mengilai panjang.
Apabila aku membuka mata, tercegat satu lembaga perempuan berdiri dekat tepi katilku sambil tersenyum melihatku. Wajahnya sungguh hodoh dan rambutnya panjang hingga mencecah lantai. Pakainya serba putih. Seluruh tunuhku menggigil, tetapi aku tidak dapat melarikan diri kerana pintu bilikku berada dibelakangnya.
Perlahan lahan aku menarik selimut sambil membaca ayat ayat kursi. Lembaga itu merenung tajam ke arahku dan begitu juga aku. Aku tak berani memejamkan mataku kerana khuatir kalau lembaga itu mencekik leherku. Mulutku tak henti henti membaca ayat ayat suci. Lama jugak lembaga itu memerhatikankku. Tetapi, beberapa minit kemudian dia berpusing dan menghilang ke bahagian dapur. Sejak malam itu, aku tidak berani lagi tidur seorang diri dirumah kami.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment