Saturday, 4 May 2013
Filled Under:
kisah misteri dan seram
Kisah Seram : Jerangkong bersalut cheongsam putih
Posted By:
zamri spoon
on 01:30
Kejadian seram ini berlaku disebuah hospital bersalin di singapura pada tahun 1988. Ketika itu saya baru melahirkan anak ketiga melalui pembedahan. Memandangkan kesihatan saya belum pulih, doktor yang merawat saya mengarahkan supaya saya ditahan dihospital selama 10 hari.
Setelah empat hari dihospital, kesihata saya beransur ansur pulih kerana maklum sajalah, disini saya dapat berehat dan mendapat perhatian jururawat jururawat yang bertugas. Bagaimanapun, mulai hari kelima, boleh dikatakan setiap malam saya ternampak seorang wanita cina berpakaian cheongsam putih lalu ditepi katil saya. Pada mulanya, Saya menyangka dia adalah amah hospital atau jurarawat yang bertugas diwaktu malam ketika itu. Saya tidak mengenal pasti wajahnya kerana keadaan dibilik hospital pada ketika itu hanya samar samar.
Bagaimanapun, rasanya, saya tidak pernah melihat wanita itu. Pada malam jumaatnya, kira kira 1.30 pagi, wanita bercheongsam putih itu tiba tiba memperlihatkan wajahnya kepada saya. Kali ini dia kelihatan berdiri di luar tingkap disebelah kiri katil saya. Wajahnya begitu camtik, rambutnya hitam pekat dan kerintingnya begitu kasar. Dia melihat saya sambil tersenyum. Senyumannya itu membuat saya berasa seram sejuk, apatah lagi dia hilang kemana dalam sekelip mata sahaja. Ini membuat saya tidak dapat tidur sehingga ke pagi. Keesokan harinya, apabila suami saya datang melawat, saya ceritakan apa yang berlaku. Sejak itu, setiap malam sebelum pulang, suami saya membacakan surah yasin.
Pada malam berikutnya, saya tidak melihat wanita cina itu lagi. Setelah 10 hari dihospital, saya dibenarkan pulang. Setibanya dirumah kira kira 6.45 petang, saya nerasa letih dan terus berbaring dikatil sambil mengadap pintu bilik mandi. Tiba tiba darah gemuruh saya berderau apabila saya ternampak bayangan wanita cina itu. Kebetulan ketika itu azan maghrib pun berkemundang , bayangan wanita cina itu hilang dengan serta merta. saya tidak menceritakan hal yang baru saya alami itu pada suami saya kerana menyangka itu mungkin perasan saya sahaja.
Menjelang malam, ketika sedang tidur, tiba tiba saya terjaga dan terasa ada orang memeluk saya begitu erat. Pada mulanya, saya menyangka suami saya, tetapi saya terkejut apabila teringat dia tidur dibawah, bukan disebelah saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya lihat tangan yang memeluk saya adalah tangan jerangkung.
Saya menjerit sekuat hati sehingga suami dan anak anak saya terjaga. Badan saya mengigil dan saya begitu takut lalu suami saya menyuruh saya tidur dibilik sebelah sambil membacakan surah yasin. Keesokan harinya, kami menjemput orang yang lebih arif dalam hal hal yang serupa itu. Walaupun kami tidak lagi diganggu, peristiwa tersebut tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment