Gua Waitomo terletak tepat di luar bandar Waitomo di Pulau Utara, New Zealand. Gua ini merupakan daya tarikan pelancong yang terkenal kerana jumlah populasi glowworm-nya yang cukup besar.Glowworm
adalah nama umum untuk pelbagai kumpulan larva serangga dan bentuk
larva betina dewasa yang bersinar melalui bioluminescence - pengeluaran
dan pembebasan cahaya oleh organisma hidup. Mereka kadang-kadang boleh menyerupai cacing, tetapi sebetulnya mereka semua adalah serangga.Gua
Waitomo sendiri pertama kali diterokai pada tahun 1887 oleh Tane
Tinorau yang didampingi seorang juruukur Inggeris bernama Fred Mace. Penduduk tempatan Maori yang berada di sekitar dua itu, telah lama mengetahui keberadaan Waitomo.sumberNamun,
gua-gua bawah tanah itu tidak pernah diterokai secara meluas sampai
suatu ketika Fred dan Tane masuk untuk menyelidikinya. Mereka membina rakit dari batang buluh dan juga membawa lilin ke dalam gua. Mereka pun menyusuri sungai bawah tanah yang berada di gua tersebut dengan peralatan seadanya.Ketika Fred dan Tane akhirnya berjaya masuk ke dalam, mereka mendapati sekumpulan glowworm yang menghiasi siling gua. Mereka pun tergamam akan keindahan cahaya itu. Saat mereka melakukan perjalanan yang lebih jauh ke dalam, mereka kembali dikejutkan oleh formasi batu kapur yang menawan.sumberGembira
atas penemuan mereka, Fred dan Tane pun berkali-kali kembali untuk
menerokai gua itu lebih jauh, dan suatu ketika, Tane mencari pintu masuk
tepat di bahagian atas gua, yang sekarang dijadikan pintu masuk para
pelancong.Pada tahun 1889, Tane pun membuka gua tersebut untuk para pelancong. Tane dan isterinya, huti, membina kumpulan kecil yang bertugas untuk mengurus gua tersebut. Tetapi pada tahun 1906, pentadbiran gua diambil alih oleh kerajaan. Namun,
seperti yang dilaporkan amusingplanet, Tane dan isterinya tetap
menerima peratusan dari pendapatan gua dan ikut terlibat dalam
pengurusan dan pembangunan Waitomo.
Thursday, 30 May 2013
Filled Under:
unik dan aneh
Menakjubkan !! Cacing-cacing Ini Menghasilkan Cahaya..
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment