Wednesday, 29 May 2013

Filled Under:

Nie Dia !! Rawatan Spa Yang Unik dan Teramat Pelik ..

BOSAN dengan rawatan di spa yang itu-itu saja? Kenapa tidak cuba berkunjung ke spa center yang menawarkan pelbagai treatment unik. Apalagi bila spa yang dimaksudkan tersebar di berbagai di dunia. Berminat?. Jom Saksikan rawatan spa yang unik dan teramat pelik . Ayuh !!!!
BEER BATH


Berendam dengan bubble bath setelah seharian bekerja memang akan memberi rasa rileks bagi tubuh. Khasiat yang lebih dahsyat diberikan bir hitam. Terapi relaksasi ini ditawarkan di sebuah hotel berbintang di Czech Republic.
Kononnya, vitamin dalam bir boleh meremajakan kulit dan mengendurkan otot-otot yang tegang. Selain itu, terapi bir ini dituntut boleh mencerahkan kulit dan bagus untuk rambut.sumber
RAMEN BATH





Pernahkah anda membayangkan berada di lautan mi? Kini impian itu boleh diwujudkan di spa Hakone Kowakien Yunessun, Jepun. Spa ini mempunyai rawatan berendam dalam mi ramen, kolagen, dan ekstrak bawang putih. Konon, terapi ini boleh meningkatkan metabolisme kulit dan ada yang juga mengatakan rawatan ini boleh memutihkan kulit ..
SPERMA LEMBU JANTAN UNTUK RAMBUT ROSAK


Ada sebuah salon di London, Hari s Salon, yang menggabungkan sperma lembu jantan dan katera akar tanaman dari Iran yang kaya protein yang digunakan untuk merawat rambut rosak. Rawatan yang bernama Aberdeen Organic Bull Sperma ini dituntut berkesan untuk menyuburkan rambut, melindungi, dan merawat rambut rosak.

URUTAN BOLA GOLF


Anda yang suka mencuba pelbagai teknik urut kini boleh mendapatkan terapi urut menggunakan bola golf. Urutan yang terdapat di The Spa Four Season Resort ini menggabungkan regangan dan teknik sebelum masuk ke terapi teras, iaitu mengurut dengan bola golf hangat. Bahagian tubuh yang diurut adalah otot besar di bahagian tulang belakang dan belakang leher. Hasilnya, bahagian-bahagian tubuh tersebut jadi lebih rileks dan lentur.sumber
HAY BATH


Sejak tahun 1903, Hotel Heubad di wilayah utara Itali punya rawatan badan yang disebut Hay Bath. Tetamu spa yang ingin mencuba akan diminta berbaring di lantai beralas kain, kemudian seluruh tubuhnya ditimbun jerami atau rumput yang sudah dihangatkan, hingga ke leher.
Setelah itu, kain tadi akan membungkus tubuh dan dibaringkan di atas katil air yang dipanaskan sekitar 107 darjah. Bila mandi rumput ini dilakukan lima kali dalam seminggu, sakit otot dan sendi akan hilang. Namun, terapi ini tidak disyorkan untuk mereka yang punya riwayat alergi dan dikhuatiri anda akan terkena tunggau..
CACTUS SCRUB


Kalau kebanyakan orang takut tertusuk duri kaktus, terapi spa di Apuane Spa dari Four Seasons Resort Punta Mita, Mexico, justru memakai kaktus sebagai teras rawatan mereka. Urut kaktus Hakali ini ternyata tidak seseram namanya. Terapi bermula dengan urutan lembut menggunakan losyen yang diperbuat daripada daun sage tequila.
Kemudian daun kaktus yang lebar dilekatkan ke kulit, tentu saja setelah dihilangkan duri-durinya. Tanaman ini telah dikenali boleh menghilangkan racun dan melembapkan kulit.sumber


















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers