Sunday 5 May 2013

Filled Under:

Nyaris Maut ! Paramotor Terhempas Tembus Bumbung


gambar hiasan

TANJONG KARANG: Seorang lelaki warga asing nyaris maut selepas paramotor yang dipandunya terhempas di Taman Seri Jaya, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa yang dipercayai menerbangkan paramotor berkenaan mengelilingi kawasan perumahan itu sebelum terhempas di atas rumah seorang penduduk.
Saksi, Mohd Fairul Rasulizam, 18, berkata sewaktu kejadian, beliau sedang makan di ruang tamu rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat seperti objek terjatuh.

Menurutnya, sejurus itu, seorang lelaki yang lengkap memakai peralatan paramotor tiba-tiba menembusi atap rumahnya.



MOHD Fairul Rasunizam dan rakannya membersihkan kesan pecahan siling berikutan seorang pemandu paramotor jatuh dan menembusi bumbung rumahnya, di Taman Seri Jaya.

"Saya tergamam apabila melihat mangsa tersangkut di atas bumbung dengan keadaan kakinya yang berdarah.

"Tanpa berlengah, saya terus meminta bantuan jiran untuk membawa mangsa turun sebelum menghubungi ambulans untuk dihantar ke hospital," katanya.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers