Sunday, 19 May 2013

Filled Under:

Padah Tarik Duit Guna Al-Quran Mini

Medan (Indonesia): “Apabila saya genggam al-Quran itu (al-Quran mini atau turut dipanggil al-Quran Istanbul) dan minta kawan tetak tangan dengan parang, tangan saya langsung tak cedera,” kata lelaki Malaysia yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Mat.
Lebih menarik minatnya apabila penjual barangan antik dari Bandar Polonia, di sini, yang memiliki al-Quran berkenaan dikenali sebagai Haji Hasbul mendakwa ‘kitab’ mini itu juga boleh dijadikan ibu duit dalam upacara tarik duit.
“Haji Hasbul mendakwa kalau upacara tarik duit itu berjaya, saya mampu memperoleh sehingga 500 bilion rupiah (RM160 juta),” kata kontraktor berusia 43 tahun berasal dari Kedah ini.

Terpengaruh dengan keistimewaan itu, dia terus membeli al-Quran mini berkenaan dua tahun lalu, dengan harga 130 juta rupiah (kira-kira RM40,000).



Al-Quran mini yang turut dipanggil al-Quran Istanbul yang menjadi punca rakyat Malaysia meringkuk di penjara Medan, Indonesia.

Sejak itu, bermula episod hitam dalam hidupnya apabila Cik Mat bukan saja terus menanggung rugi, malah terpaksa meringkuk di penjara di sini selama dua tahun.





Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers