Beberapa masyarakat di seluruh dunia ada yang memilih untuk tinggal di beberapa tempat unik, aneh dan ekstrem, misalnya bandar di dasar gunung berapi, biara huyung yang ada di pergunungan Himalaya.
Setenil de las Bodegas adalah sebuah bandar di negara Sepanyol yang kelihatan seperti bandar yang telah dilanggar oleh meteor besar. Bandar unik ini dihuni kira-kira 3,000 orang yang tinggal di bawah bongkah batu.
Bandar kecil berwarna putih ini terletak sebelah timur laut wilayah Cádiz Sepanyol. Setenil de las Bodegas mempunyai kota yang unik, dimana bandar ini dibina di sepanjang jurang yang terbentuk akibat hakisan air sungai Trejo Rio, dengan banyak rumah yang dibina di dalam dan di bawah dinding jurang itu.
Percaya atau tidak, masyarakat yang memilih untuk menetap di sana mempunyai alasan yang mudah. Gua-gua alam Setenil ternyata menjadi tempat tinggal yang sesuai kerana ia akan menahan suhu panas di musim panas dan suhu sejuk di musim sejuk.
Sentenil adalah bandar yang terkenal dengan hidangan seperti chorizo, minyak zaitun, madu, jem dan anggur. Pada hujung minggu semasa musim bunga dan musim panas, bandar ini menjadi tempat yang dinamik dan indah, penduduk bandar kelihatan sibuk dengan aktiviti sehari-hari di bawah batu.
Bandar ini diberi nama 'Setenil de las Bodegas' kerana ia mencerminkan sejarah yang panjang dan mengakar. Setenil berasal dari kata latin Septem nihil (tujuh kali tidak), hal itu merujuk kepada tujuh kali penyerangan penguasa Katolik yang cuba untuk merebut wilayah dari bangsa Moor, diabad pertengahan dimana penduduk Arab masih memerintah sebahagian besar Sepanyol selama beberapa abad.sumber
Bila mereka ingin membina rumah maka yang mereka perlukan adalah pengerjaan fasad. Lokasi ini dipercayai telah menjadi tempat tinggal sejak zaman pra-sejarah.
Meski penduduk tinggal di bawah batu, bandar Setenil de las Bodegas tetap mempunyai peradaban yang sama dengan bandar-bandar lain di Sepanyol dan dunia, disana ada restoran, tempat hiburan, kedai dan lain-lain.sumber
Friday, 24 May 2013
Filled Under:
unik dan pelik
Pelik ! Bandar Unik di Bawah Bongkah Batu..
Posted By:
zamri spoon
on 11:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment