"Tak
ada orang yang sempurna," itulah tagline yang tertulis di bawah sebuah
gambar Barbie yang terlihat tak menggunakan make up. Foto hasil edit digital itu menunjukkan wajah Barbie dengan kawat gigi, kantung mata, kulit berminyak, dan rambut tak terurus.Edi Aguire, seorang pereka grafik, adalah orang yang bertanggung jawab atas perubahan drastik boneka cantik Barbie ini. Tentu saja hasil karyanya ini mengundang pro dan kontra dari orang yang melihat karyanya."Aku
berharap melihat gambar ini saat aku kecil. Aku selalu merasa Barbie
sangat sempurna. Mungkin aku tak perlu taksub dengan make up kalau aku
melihat ini sejak kecil," ungkap seorang wanita bernama Sandra.sumberWanita lain menambah bahawa dia lebih menyukai versi jelek Barbie ini berbanding dengan versi cantik. Kerana Barbie yang ini kelihatan lebih nyata, seperti disiarkan oleh Daily Mail .Sejak
kemunculannya di tahun 1959, boneka Barbie yang lebih popular dengan rambut
pirang mengilap, dada besar, pinggang kecil, dan tubuh kurus telah
banyak disalahkan kerana menanamkan ajaran negatif terhadap para gadis
mengenai proporsi tubuh sempurna.Meski begitu, nampaknya banyak juga orang yang tak suka Barbie berpenampilan menjenkelkan. Beberapa berpendapat bahawa gambar hodoh Barbie tersebut menghancurkan image Barbie sebagai icon kecantikan."Aku
tak tahu, apakah 'natural' bererti kau harus kelihatan seperti tak
pernah tidur dan habis merokok ganja. Saya rasa saya melihat Ken pergi
ketakutan," ungkap salah seorang pengulas.Sementara
itu, Fran Walfish, seorang anak tunggal dan keluarga di Beverly Hills
menjelaskan bahawa sangat wajar bagi manusia untuk membuat icon kemudian
merosakkannya sendiri.Walfish
berpendapat bahawa perubahan Barbie ini boleh jadi hal yang baik bagi
gadis di luar sana yang mempunyai masalah dengan penampilan mereka. Sehingga mereka tak perlu membanding-bandingkan diri dan merasa rendah diri. Walfish mengaku kebanyakan pesakit wanita yang datang padanya mengenakan kawat gigi dan berjerawat.Tertarik !!, seperti apa wajah Barbie tanpa make up? Ini dia gambarnya.
Friday, 31 May 2013
Filled Under:
unik
Ternyata Wajah Patung Barbie Hodoh Bila Tanpa Make-up..
Posted By:
zamri spoon
on 16:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
alahai.. kalau di jual yang xbermakup. nanti ada set untuk alat makupkan barbie ni. hehe budak2 suka
ReplyDeleteerk.. dasyat juga barbie kalau xbermakup
hahaha... tak sangka lak macam tue rupanya. ^_^
ReplyDelete