Monday, 27 May 2013

Filled Under:

Unik ! 8 Tempat Paling Sejuk Didunia..

1. International Fall, Minnesota
International Fall di Minnesota, USA dikenali sebagai titik yang paling sejuk di antara 48 negara bahagiannya Amerika. Bandar berpenduduk kira-kira 7,000 orang ini mempunyai suhu rata-rata 36,4 ° F (2 ° C). Suhu rata-rata selama bulan Disember, Januari, dan Februari di bawah sifar. Pada Festival local yang dinamakan "Icebox Festival" mengadakan pertandingan seperti lumba snowmobile, memahat salji, main bowling dengan ayam belanda yang beku, dan kejohanan "Freeze Yer Gizzard Blizzard Run." Atau lumba lari di salji ada yang 5K ada juga yang 10k. Bandar lain, Fraser di Colorado juga mendakwa gelaran kotanya sebagai "Icebox of the Nation" atau bahasa kitanya " Negara Ais". Kedua-dua bandar memperjuangkannya di mahkamah, dan keputusan terakhir dengan nombor pendaftaran nombor 3375139 yang dikeluarkan oleh The United States Patent and Trademark Office, International Fall berhak atas gelaran ini. Selain suhu terendah yang pernah dicatat adalah -40 ° F atau -40 ° C
2. Umiat, Alaska

Umiat, Alaska adalah tempat yang paling sejuk di Amerika Syarikat, dengan suhu rata-rata 10.1 ° F atau sekitar-12 ° C. Suhu di Umiat boleh mencapai kira-kira 70 ° F (kira-kira 21 ° C) pada musim panas. Penduduknya kira-kira 5 orang (mungkin hanya terdiri dari penyelidik yang bekerja di situ) dengan tak ada penduduk yang kekal. Kita boleh mengikuti keadaan cuaca di sini melalui Umiat Air Field on line .
3. Snag

Snag adalah suatu tempat di mana suhu yang paling rendah yang pernah dicatat di Amerika Utara. Pada 3 Februari, 1947, peramal cuaca menambah jalur lagi dengan menandakan di termometer, kerana air raksa di bawah jalur angka meter yang paling rendah. Ketika termometer bertanda kembalai didapati bahawa suhunya terbaca -81.4 ° F (-63 ° C). Di suhu suhu serendah itu, suara orang boleh didengar sejauh empat batu. Wap nafas membeku di udara selama hingga 15 minit, membuatnya mudah untuk mencari kemana seseorang sudah pergi.

4. Northice Station

 
Tempat yang paling sejuk di belahan bumi barat adalah Greenland, walaupun bahagian ini menurut sejarah merupakan daerah yang termasuk Eropah. Northice Research Station yang terletak di tengah Greenland Ice Sheet mencatat suhu -87 ° F (-66 ° C) pada tanggal 9 Januari, 1954.
5. Yakutsk

Yakutsk, ibukota daerah Yakutia di Siberia yang mempunyai penduduk sebanyak 200,000 orang mendakwa dirinya untuk menjadi bandar yang paling sejuk di atas bumi. Pada Januari, suhu sehari-hari rata-rata sekitar -58 ° F (-50 ° C). Penduduk sering membiarkan kereta mereka hidup seharian untuk menjamin mereka boleh pergi ke rumah, takut beku kali bahan bakarnya . Juga diperingatkan untuk tidak memakai kacamata di luar, mungkin kacamata itu akan melekat di wajah kita dan menggoyakkan sebahagian kulit kita bila dilepaskan.sumber
6. Verkhoyansk

Verkhoyansk, di kawasan Yakutia, Siberia, terletak dalam Lingkaran Artik, naik kereta lapan hari dari Yakutsk. Tetapi anda hanya boleh tiba di sana pada waktu musim sejuk, kalau tasiknya membeku, kerana tidak ada jalan lain! 1,300 orang tinggal di Verkhoyansk, bahagian yang paling besar di antaranya, memakai rusa kutub untuk menarik kenderaan mereka dan hidup sebagai pemburu binatang berbulu. Daerah ini mempunyai sumber alam yang banyak, termasuk emas, tetapi terlalu sejuk untuk mengembangkan perlombongan di sini. Gambar di atas diambil di "Pole of Cold" di Verkhoyansk. Dengan gading mammoth yang dijadikan tugu. Suhu yang telah dicatat di Verkhoyansk Weather Station menunjukkan rekod minus 72 darjah Celsius, dan suhu rata-rata selama Januari ialah minus 49 darjah Celsius. Malangnya, bandar berhampiran di samping nama Oimyakon juga cuba mendapat hak gelaran sebagai "Cold Pole", dengan dasar rekod yang tak rasmi minus 78 darjah Celsius.Daerah ini juga mempunyai gelaran sebagai "Stalin s Death Ring" atau cincin maut Stalin.
7. Oymyakon

Oymyakon, desa yang lain yang terletak di kawasan Yakutia, Rusia juga mendakwa menjadi tempat yang paling sejuk di hemisfera utara,. Di bahasa Sakha (suku di Rusia), Oymyakon bermaksud "air yang tidak membeku", kerana adanya sumber air panas di tengah-tengah permafrost (tanah yg terdapat di daerah beku, yang tidak selalu tertutup salju). Pada 26 Januari, 1926, suhu di Oymayakon dicatat -96,2 ° F (-71,2 ° C). Ada bantahan dengan bilangan ini kerana ada ukuran yang didapat melalui acuan yang lebih baik daripada saiz termometer langsung. Seperi Snag di Kanada, Oymyakon terdapat pada cekungan di antara gunung-gunung, yang memerangkap udara sejuk. Suhu pada musim sejuk sering lebih rendah daripada -50 ° F (46 ° C) atau sekitar -76 ° F (60 °).


8. Vostok Station

Di belahan bumi selatan, tak ada lagi hujah tentang tempat yang paling sejuk. Suhu yang paling sejuk yang pernah dicatat di atas tanah dicatat di Vostok Station, pos kajian Rusia di Antartika pedalaman. Pada 21 Julai, 1983, termometer mencatat suhu-128, 6 ° F (-89,2 ° C). Menambah kesan bahawa orang-orang Rusia adalah orang-orang yang tahan sejuk.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers