Untuk merayakan kembalinya Beyonce ke kancah hiburan, Oreo menugaskan seorang food artist ternama Michelle Wibowo untuk membuat potret penyanyi popular tersebut dari 3780 biskut Oreo.
Bagi anda yang belum tahu apa itu biskut Oreo, bulatan lazat ini diperbuat daripada biskut Oreo yang dihancurkan lalu dicampur dengan krim keju Philadelphia. Michelle meminta bantuan bekas ahli Atomic Kitten, Jenny Frost, dan anaknya, Casper, untuk merayakan kembalinya Beyonce dengan membuat potret edible (boleh dimakan) itu dari 3780 biskut Oreo.
Karya seni yang boleh dimakan itu memerlukan masa enam minggu untuk menyelesaikan perancangannya dan membuat bulatan lazat tersebut. Michelle pun kemudian meletakkan bulatan-bulatan tersebut di tempat yang tepat untuk membuat gambaran terperinci tentang wajah Beyonce. Karya itu dikerjakannya selama lapan jam.
"Ketika saya diminta untuk membuat ikon pop potret dengan hanya menggunakan biskut Oreo, Beyonce tampaknya pilihan yang natural," kata Michelle tentang projek tersebut, seperti disiarkan michellesugarart.co.uk.sumber
Michelle mengaku bahawa dirinya memperuntukkan masa yang lama untuk memetakan posisi yang tepat untuk setiap biskut dan mencipta persamaan pada potret tersebut.
"Tetapi bahagian yang paling sukar dari proses itu adalah untuk tidak berusaha memakannya!" gurau wanita yang lahir tahun 1978 itu.
Michelle Wibowo adalah seorang sugar craft artist dari london yang menekuni pembuatan patung kek dan gula. Dia lulus dari National Bakery School dan memulakan kerjaya hiasan kek di London.
Kerjayaan di pentas antarabangsa pertamanya adalah pada bulan Oktober 2008 lalu, ketika dia dianugerahkan pingat emas dan perak untuk kreasinya di Pameran Antarabangsa Seni Kuliner di Jerman. Dia kala itu mencipta patung gula berbentuk anjing yang meraih pingat emas, dan pingat perak didapatnya untuk kuih yang dibuatnya untuk Ratu Elizabeth I dari london.sumber
Thursday, 23 May 2013
Filled Under:
unik
Unik ! Potret Diperbuat Dari Biskut Oreo Mirip Wajah Beyonce
Posted By:
zamri spoon
on 11:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment