Seorang artis asal Belanda, Diet Wiegman, telah menghabiskan masa 50 tahun untuk menyusun potongan-potongan sampah dan besi buruk menjadi karya seni patung bayangan yang sangat indah dan terunik.
Sekilas, karya seni rancangan Diet memang mirip tumpukan sampah . Awalnya, anda mungkin berfikir bahawa benar-benar tidak ada yang istimewa tentang karya tersebut.
Tetapi, begitu Diet menyalakan projektor kecil yang selalu menyuluh karya-karyanya, sebuah bayangan menakjubkan muncul di belakangnya. Jelas, Diet telah menghabiskan banyak waktunya dengan sabar untuk menetapkan setiap bahagian kecil dari patung nya, memastikan mereka dapat merefleksikan bayangan yang tepat ketika cahaya menyinarinya.
Dokumentasi karya Diet dilakukan oleh seorang pembuat filem yang juga berasal dari Belanda, Mike Redman. Tidak satu kata pun yang diucapkan dalam filem tersebut, namun seniman karya luar biasa ini berjaya membuktikan bahawa itu sangat menakjubkan.
"Karya Diet Wiegman selalu membuat saya terpesona. Melalui seni, dia mengajak penonton untuk melihat apa yang disebut benda dengan situasi biasa dengan cara yang berbeza, yang pada akhirnya membuat mereka tampak unik," aku Mike
Diet tentu bukanlah satu-satunya seniman yang mengkhususkan diri dalam penciptaan patung cahaya yang rumit. Tetapi, dia telah melakukannya banyak hal untuk karyanya dan dianggap sebagai salah satu pelopor dari teknik menarik tersebut.sumber
Sunday, 26 May 2013
Filled Under:
unik dan pelik
Unik ! Seni Patung Bayangan Yang Menakjubkan
Posted By:
zamri spoon
on 09:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment