Tuesday, 21 May 2013

Filled Under:

Warga Brazil maut, belon udara panas terhempas



GAMBAR menunjukkan sebuah belon udara panas yang dinaiki seorang pelancong Brazil terhempas dekat Taman Negara Goreme, di Cappadocia semalam.



ISTANBUL - Seorang pelancong Brazil meninggal dunia semalam manakala 24 mangsa lain cedera apabila sebuah belon udara panas yang mereka naiki terhempas di sebuah kawasan indah di Turki, kata beberapa pegawai.

Nahas itu berlaku di Cappadocia yang terkenal dengan pemandangan batu-batu.
Gabenor Nevsehir, Abdurrahman Savas berkata, belon udara panas yang dinaiki pelancong tersebut berlanggar dengan belon lain di udara dan terhempas ke tanah.
Menurut Savas, kebanyakan mereka yang cedera mengalami patah tulang dan seorang lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Aktiviti menaiki belon udara panas semakin popular di Turki terutama sekali di wilayah Cappadocia.

Nahas di Cappadocia itu berlaku tiga bulan selepas satu lagi kejadian belon udara panas meletup berlaku di Luxor, Mesir dengan mengorbankan 19 orang pada 26 Februari lalu. - AFP.sumber





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers