Friday 28 June 2013

Filled Under:

5Haiwan Dengan Wajah Unik dan Aneh di Dunia


1. Tikus Tanah Hidung Bintang


 

Tikus ini diberi nama hidung bintang kerana bentuk daging pada hidungnya, yang dilindungi reseptor deria yang meningkatkan kemampuan sentuhannya, kerana sebenarnya pengelihatan haiwan ini sangat buruk.
Tikus tanah hidung bintang ini tercatat merupakan perenang dan penyelam sekaligus penggali yang hebat. Layaknya tikus tanah lain, haiwan ini memakan cacing tanah, ulat dan apapun yang berlendir di tanah. Dijumpai di Kanada dan Amerika Syarikat bahagian utara.

2. Tikus Mondok Telanjang


 

Tikus ini penampilannya tanpa bulu, lisut, kulit pucat berwarna pink dan mempunyai mata hitam yang bercahaya.
Tetapi satu perkara yang sangat menarik perhatian adalah unjuran dua giginya yang sangat besar sekali, yang sebenarnya tumbuh melalui bibir. Sehingga tikus ini tidak harus membuka mulut pada saat mengorek jalan di bawah tanah. Gigi ini begitu kuat sehingga tikus mondok telanjang terkenal boleh mengorek konkrit.

3. Axolotl




Spesies yang hanya ada di Tasik Xochimilco, Meksisko, axolotl (ertinya "monster air" dalam Nahuatl, bahasa Aztec) sebenarnya salah satu jenis salamander.
Selain wajahnya yang lucu, mereka juga mempunyai rambut merah unik yang merupakan insang yang menyerupai bulu. Spesies salamander ini biasanya mempertahankan kemampuan tubuhnya di seluruh hidupnya (disebut juga neotheny). Malangnya, amfibia jarang di jumpa ini terancam kerana pencemaran dan diburu di beberapa bahagian Mexico untuk dimakan.

4. Aye Aye


 

Boleh dikatakan hodoht dengan penampilan paling aneh (manusia tidak dikira tentunya), aye aye punya telinga besar seperti kelawar, mata yang kuning dan mirip sekali dengan Gremlins (sebuah filem seram komedi di Amerika).
Haiwan ini sebenarnya menjadi inspirasi bagi monster yang mirip Gremlin dalam siri filem Primeval, di mana diceritakan keturunannya menghantui sebuah rumah kosong. Aye aye dijumpai di Madagascar dan sangat terancam kerana pemusnahan habitat dan dibunuh kerana orang-orang di negara itu sangat tidak menyukai makhluk tersebut kerana dianggap pembawa sial.

5. Monyet Hidung Penyek


Lagi-lagi, haiwan ini adalah spesies yang terancam yang hampir pupus. Hanya ditemui di China (termasuk Tibet) dan Vietnam. Mereka tinggal di gunung di ketingggian hingga 4000m, bersama beberapa habitat yang menyesuaikan diri dengan persekitaran sejuk. Mereka terancam kehilangan habitatnya.sumber





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers