Tuesday, 18 June 2013

Filled Under:

Gadis dakwa dilarikan 12 lelaki berpakaian hitam

PASUKAN keselamatan bertanyakan sesuatu kepada mangsa yang mendakwa diculik di Kampung Tanagian, Lahad Datu semalam.

 
KOTA KINABALU - Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut mendakwa mangsa telah dibawa ke sebuah ladang sebelum diikat di sebatang pokok berdekatan rumahnya.
Bagaimanapun, remaja tersebut berjaya melepaskan diri sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya.
Berdasarkan laporan, ketika ditahan, wanita itu mendakwa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan telah menanyakan mengenai dua individu kepada anak saudaranya.
"Mereka mencari Bintor dan Tasha namun mangsa tidak mengenalinya sebelum dia ditinggalkan di situ," kata wanita itu.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu telah bergegas ke lokasi ladang kira-kira pukul 2 petang.


 





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers