Jika sebelum ini ramai aktivis dan pencinta haiwan melarang penggunaan bulu binatang dalam penghasilan pakaian disamakan dengan perbuatan membunuh.
Namun kali ini, usah risau lagi kerana terdapat sebuah syarikat rekaan pakaian yang telah memperkenalkan penghasilan jaket bulu yang dihasilkan sepenuhnya daripada bulu dada lelaki!
Kumpulan pereka jaket ini telah menghabiskan masa sehingga 200 jam untuk ‘menenun’ lebih dari sejuta bulu dada lelaki yang telah dikumpul itu.
Sebuah syarikat tenusu yang dikenali sebagai Arla, telah bersetuju untuk melancarkan jaket ini bersama produk minuman susu terbaru mereka, Wing-co.
Jaket ini akan dijual pada harga £2,499 (RM12,391).sumber
euwww hahaha walaupun unique tapi still euwww
ReplyDelete