Saturday, 1 June 2013

Filled Under:

Lari tinggalkan mayat kekasih

BAPA Aimi Hamizah, Mohamad Sahak terpaksa dipapah oleh anaknya, Abu Suffian lantaran gagal mengawal emosi selepas melihat mayat anaknya di Hospital Melaka semalam.

 

MELAKA – Kes pembunuhan seorang gadis yang mayatnya ditemui di tapak pembuangan sampah di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek Rabu lalu mendapat petunjuk baharu apabila siasatan mendapati suspek meninggalkan mangsa di situ selepas panik melihat pelajar berkenaan mati akibat sesak nafas.
Bagaimanapun, ia masih belum cukup untuk merungkai punca sebenar kematian mangsa kerana laporan bedah siasat mendapati tidak terdapat kesan mencurigakan pada badan mangsa dan tiada tanda gadis itu menjadi mangsa serangan jenayah seksual.
Tambahan pula, doktor menghadapi sedikit kesukaran untuk mengetahui punca kematian ekoran jasad Aimi Hamizah Mohamad, 14, yang sudah mereput.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan P. R. Gunarajan berkata, suspek mendakwa, selepas mendapati kelas mengaji dibatalkan pada malam Isnin lalu, mangsa telah membonceng motosikalnya untuk ke sebuah taman berdekatan.
Katanya, suspek berusia 17 tahun yang kini direman itu merupakan kekasih mangsa dan mereka belajar di sekolah yang sama.
“Mereka kemudian telah pergi ke kawasan semak di Kampung Solok Gaung pada pukul 9 malam. Ketika sedang berdua-duaan, suspek mendakwa mangsa mengalami sesak nafas dan suspek cuba melakukan CPR (bantuan pernafasan kecemasan) untuk menyelamatkan kekasihnya namun gagal.
“Akibat terlalu panik dan takut melihat mangsa mati secara tiba-tiba, suspek bertindak meninggalkan mayat mangsa di situ,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers