Saturday, 1 June 2013

Filled Under:

Pelik !! Highway di Tengah-tengah Padang Pasir..

Tarim Desert Highway dibina di sepanjang padang pasir Taklamakan, di China, yang menghubungkan bandar Luntai dan Minfeng di tepi utara dan Tarim.
Panjang keseluruhan dari jalan raya ini adalah 552 km, di mana sekitar 446 km jalan ini dibina di kawasan tak berpenghuni yang tertutup dengan bukit pasir. Untuk mencegah jalan raya terkubur oleh pasir gurun, barisan tumbuh-tumbuhan yang ditanam di kedua-dua sisi jalan sebagai penghalang timbunan pasir.

Sebuah sistem pengairan besar juga dibina di takungan bawah tanah untuk mempertahankan ekosistem buatan tersebut. Beratus-ratus pekerja yang bertugas untuk menguruskan jalan itu, tinggal pada radius empat kilometer di sepanjang jalan.
Air yang berasal dari sumber didapat dari sungai-sungai yang mengalir di pergunungan sekitarnya. Selama lima tahun, kerajaan China bereksperimen pada berbagai tanaman yang boleh bertahan hidup dalam keadaan padang pasir.sumberPada tahun 1999, sebuah projek perintis pasir pelindung penanaman semula hutan dilakukan di sepanjang jalan dalam radius 6.3 kilometer. Pada tahun 2001, projek ini diperluas sampai 30.8 km sehingga sepanjang jalan raya itu dibuatkan hutan.
Projek ini akhirnya diluluskan oleh negara pada tahun 2003. Kini, hampir empat perlima daripada jalan raya diapit oleh 72-78 meter pokok, dengan luas keseluruhan lebih daripada 3,000 hektar. Tarim Desert Highway mempunyai peranan ekonomi yang besar bagi China. Itulah sebabnya kerajaan sangat fokus dalam membaikinya.
Jalan raya yang dibina pada tahun 1995 ini menjadi jalur paip minyak utara-selatan yang penting bagi China, yang terletak di bawah gurun Taklamakan. Di bawah padang pasir ini, terdapat loji minyak dan gas terbesar di China. Jalan raya ini tidak hanya menjadi akses langsung kepada sumber-sumber yang terletak di bawah Tarim Basin, tetapi juga membolehkan pengangkutan barang dan sumber kuasa dari Oilfield Lunnan ke selatan negara itu.
Kerana wilayah ini sepenuhnya tak berpenghuni, sebuah pam petrol dan beberapa restoran dibina pada titik tertentu di sepanjang jalan raya untuk melayani pelancong.sumber









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers