
Bersama temannya, Frans membeli beberapa biji telur ayam yang lalu dibawa ke tempat kerja Frans di Jalan Ranomut, Perkamil, Manado. Telur itu kemudian dibersihkan dan diberi gambar atau motif dengan alat ukir elektrik. Ini sama sekali tidak mudah. Frans harus sangat berhati-hati kerana telur rawan pecah. Isi telur lalu dikeluarkan.

Setelah itu pengukiran bermula. Proses ini sangat sukar dan rumit. Perlu ketelitian dan kesabaran. Sedikit saja kesalahan, kulit telur akan pecah. Bergantung motifnya, proses ini boleh memakan masa tiga jam.sumber
0 comments:
Post a Comment