CAMBRIDGE - Seorang pelajar mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh.
Pelajar psikologi, Ben Cronin, 20 berhasrat untuk bekerja sementara
semasa cuti musim panas di bot terkenal Cambridge tetapi kakitangan di
sana memberitahunya rupa parasnya tidak cukup menarik untuk bekerja di
sana.
Cronin, yang baru saja tamat tahun pertamanya di Anlia Ruskin,
University of Cambridge itu berharap, dia mampu membiayai pengajian
tahun keduanya dengan bekerja sementara dalam cuti.
“Saya cuba bertanya jika ada kerja kosong di bot pelancong itu, tetapi
pekerja bot memandang saya dari atas ke bawah lalu ketawa. Mereka
kemudian berkata, “kamu tidak layak bekerja di sini,”,
“Saya berasa cukup terhina dan merasakan kata-katanya itu melampau dan
memalukan diri saya. Apa kena mengena kerja itu dengan rupa paras
saya?,” kata Cronin.
Syarikat bot itu bagaimanapun menafikan kriteria yang diambil untuk bekerja mementingkan rupa paras.
Pengurus Besar, Rod Ingersent berkata, pihaknya tidak menyokong
kata-kata anak buah syarikatnya kepada Cronin kerana selama ini, mereka
mengambil pekerja berdasarkan kriteria kerja dan merit individu.sumber:sinarharian.com
Monday, 3 June 2013
Filled Under:
tak masuk akal
Pelajar ini gagal dapat kerja kerana terlalu hodoh
Posted By:
zamri spoon
on 23:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment