Bayangkan jika ada sungai yang mempunyai warna tidak hanya satu. Seperti di Colombia, terdapat Sungai Cano Critales yang berwarna-warni. Selain paling cantik di dunia, sungai ini juga punya 5 macam warna!.

Sungai yang satu ini memang tidak boleh disamakan dengan sungai lain di dunia. Jelas saja, jika biasanya sungai hanya mempunyai satu warna, tapi sungai ini punya 5 macam warna yang cantik. Nama sungai ini adalah Cano Critales, tempatnya berada di Sierra de la Macarena, Colombia.

Dikutip dari Amusing Planet, Sungai Cano Critales memang punya warna yang luar biasa. Di dasar sungai terdapat lumut yang tumbuh subur di atas batu-batuan . Lumut tersebut mempunyai warna yang menarik, seperti merah, kuning, hijau, coklat, dan biru. Warna tersebutlah yang kemudian terlihat di permukaan air.


Namun malangnya, pemandangan indah ini tidak boleh disaksikan setiap masa. Walaupun lumutnya selalu berada di sungai ini sepanjang tahun, warna-warninya hanya muncul apabila peralihan musim hujan ke musim kemarau. Hal tersebut boleh terjadi kerana pada dua musim tersebut lumut mendapatkan cahaya dan air yang cukup untuk mencipta warna yang indah.


Padahal, dulunya kawasan ini adalah daerah terlarang bagi pelancong. Sungai ini sempat ditutup juga beberapa tahun kerana adanya dugaan aktiviti keganasan di dekat sungai. Kemudian pada tahun 2009, Cano Critales kembali dibuka untuk umum. Bahkan saat ini sudah banyak agen perjalanan pelancongan di Colombia yang menawarkan pakej traveling ke sungai ini.

Namun, anda juga boleh datangterus tanpa bantuan dari agen pelancongan anda. Perjalanan boleh bermula dari Kota La Macarena, Meta, Colombia. Dari sana, anda tinggal meneruskan perjalanan mengikuti penunjuk arah menuju taman negara tempat Cano Cristales berada.sumber
0 comments:
Post a Comment