Saturday 22 June 2013

Filled Under:

Unik ! Seorang Lelaki Gunakan Rambut Mohawk Sebagai Iklan Berjalan


Rambut Mohawk biasanya sinonim dengan budak-budak Punk yang anti kerajaan. Seiring dengan perkembangan masa, gaya rambut ini makin popular dan banyak diterapkan oleh orang biasa. Bahkan, seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat menggunakan rambut Mohawk-nya sebagai papan iklan berjalan.

Lelaki bernama Gasmy Joseph berusia 31 tahun ini memang sudah sejak lama menyukai model rambut Mohawk. Namun, kira-kira setahun lalu, dia mula mencari potensi dari rambut kerintingnya itu.

Awalnya, seorang temannya minta tolong untuk mengumumkan pesta ulang tahun dan saat itulah muncul idea di kepala Gasmy untuk mengiklankan acara-acara melalui rambutnya.

Sejak saat itu, rambutnya selalu digambari reka bentuk-reka bentuk yang unik dan dia menyebut dirinya sebagai Mohawk Gaz.sumber



 Dia menawarkan rambutnya sebagai papan iklan warna-warni untuk rakan-rakannya. Bahkan, beberapa syarikat kecil pun telah menghubunginya.

Sebagai contoh, Mohaw Gaz pernah memasang iklan sebuah syarikat catering di rambutnya. Bagi syarikat berkenaan, ini merupakan kaedah pemasaran yang luar biasa dan belum pernah dilakukan sebelumnya.



 Untuk menarik lebih banyak peminat, Gaz juga membuat sebuah website yang memaparkan gambar-gambar terbaiknya dengan pose rambut Mohawk dalam pelbagai reka bentuk. Selain itu, Gaz juga menyebarkan risalah iklan rambutnya ke mana pun dia pergi.

Tetapi bagi Gaz, ini bukan sekadar persoalan wang semata. Dia masih sering menggunakan rambutnya untuk membantu promosi rakan-rakannya secara percuma. Kadang-kadang, dia juga sering melakukan ekspolorasi warna rambut dengan reka bentuk-reka bentuk seni.


 Menurut pengakuan Gaz, dalam seminggu dia boleh menukar reka bentuk di rambutnya. Namun dia kadang mempunyai 3 reka bentuk yang berbeza dalam satu minggu.


 Penggunaan rambut Mohawk sebagai papan iklan berjalan memang unik. Namun benarkah Gaz adalah orang pertama yang menggunakan kepalanya sebagai papan iklan?

Kenyataannya, seorang enterprenur muda bernama Brandon Chicotsky juga memanfaatkan kepala botaknya sebagai iklan berjalan dengan kadar 320 dolar sehari.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers