Tuesday, 16 July 2013

Filled Under:

Festival Pai Berperisa Limau Purut Terbesar Didunia


KEY WEST, Florida - Satu acara sambutan festival citarasa makanan berperisa limau di sini telah dimulakan dengan percubaan pihak penganjur untuk menghasilkan sebiji pai perisa limau terbesar di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Pai yang dimasak semasa pelancaran acara Festival Key Lime itu berukuran lebih dari 2.4 meter lebar dan seberat 453.6 kilogram.
Pai itu dikatakan telah dimasak oleh tiga orang chef.
Senarai ramuan untuk memasak juadah gergasi itu membabitkan jus daripada 5,760 biji limau purut, 250 liter susu pekat manis dan 90.7 kilogram biskut lemak.
Penghasilan pai gergasi itu akan didaftarkan dalam Guinness Book of World Records sebagai pai berperisa limau terbesar dunia.
Hasil kajian yang dilakukan mendapati kuih tart dan pai berperisa limau purut berasal daripada Key West sekitar tahun 1800.
Justeru, dewan perundangan negeri tersebut telah mencipta pai berperisa limau sebagai pai rasmi Florida pada 2006.
Festival itu berlanjutan sehingga hari Sabtu (hari ini) dengan pertandingan memakan pai dan pertandingan ratu cantik 'Miss Key Lime'.SUMBER

SEORANG pegawai sedang mengukur diameter pai yang dimasak di Florida semalam.

 

 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers