Saturday, 13 July 2013

Filled Under:

Hotel Bawah Tanah Paling Dalam Di Dunia

 Ingin merasakan tinggal di hotel yang lain dari yang lain? Jika ya, mungkin inilah saatnya anda melawat sebuah hotel yang bernama Sala Silvermine Hotel.


 

Terletak di sala, Sweden, Silvermine Hotel mempunyai bilik eksotik di kedalaman 155 meter di bawah tanah. Sesuai dengan namanya, hotel ini memang di bangun di lokasi area bekas perlombongan bijih timah. Meskipun begitu, hotel ini hanya mempunyai dua ruang suite saja yang berukuran cukup besar. Bilik yang lainnya merupakan tempat makan, musium hingga panggung teater.


 
Saat datang ke hotel ini, anda akan disambut oleh depan untuk kemudian diberikan pengarahan dan petunjuk mengenai seluruh ruang yang ada dalam hotel tersebut sebelum akhirnya ditinggal sendirian saat malam.

 

Namun jangan bimbang, seorang staff akan tetap berjaga lengkap dengan alat komunikasi selama anda tinggal di bawah. Dan kerana berada jauh di bawah tanah, komunikasi anda dengan sahabat, rakan sekerja ataupun keluarga tentunya akan terputus kerana telefon bimbit yang anda bawa tidak akan berfungsi sama sekali.



 
Jika anda ingin membuang hajat, pihak hotel telah menyediakan sebuah tandas yang terletak di kedalaman 50 meter. Namun jika anda ingin mandi, anda harus kembali ke permukaan kerana pihak hotel hanya mengediakan kemudahan tersebut di sana
 

 
Untuk merasakan sensasi eksotik menginap di hotel ini, pihak Sala Silvermine mengenakan bayaran sebanyak USD 580 untuk semalam, itu pun lengkap dengan jamuan makan malam. Namun satu perkara yang pasti bahawa hotel ini tentu tidak sesuai jika pasangan anda mengidap Claustrophobia.


 
Bilik-bilik hotel dengan kedalaman 155 meter (500kaki) di bawah permukaan kaki ini, merupakan bilik hotel paling dalam di dunia.
Untuk dapat menginap disebuah bilik dan menikmati gua indah yang terdapat pada hotel ini, harus memeriksa kocek sekitar $ 600 USD per malam.



 
Sebelum anda memutuskan untuk menginap di Sala Silvermine hotel, ada baiknya anda melihat dulu  hotel tersebut dari internet.sumber






1 comments:

  1. errr x nak lah.. bawah tanah pulak tu.. anything can happen..

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers