SELANGOR mengesahkan kedudukan tempat kedua dalam Liga Super meskipun sekadar seri 1-1 dengan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Larkin, malam ini.
Walaupun Selangor berkongsi 40 mata dengan JDT, tetapi anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu kekal di tangga kedua berdasarkan perbezaan jumlah jaringan yang besar.
Keputusan itu sekaligus melayakkan Selangor untuk beraksi di pentas Piala AFC buat kali kedua berturut-turut musim depan bersama Kelantan.
Dalam perlawanan itu, JDT terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pemain importnya, Leonel Nunez pada minit ke-22.
Begitupun, Selangor yang turun dengan misi mencari satu mata melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan.
Akhirnya, penantian Selangor berhasil setelah Francis Forkey Doe menyamakan kedudukan pada minit ke-53.
JDT yang masih enggan berputus asa terus berusaha mencari gol namun setiap percubaan berjaya dikekang pertahanan Selangor.
Keputusan akhir, 1-1 kekal sehingga ke wisel penamat dan meranapkan impian JDT untuk mara ke pentas Piala AFC musim depan setelah gagal untuk menjulang Piala FA musim ini.
sumber:sinar harian
Sunday, 7 July 2013
Filled Under:
sukan
Liga Super: Selangor Sah Beraksi di Pentas Piala AFC Musim Depan
Posted By:
zamri spoon
on 02:13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment