SHAH ALAM - Chelsea sedang mendahului Malaysia 3-0 pada separuh masa
pertama perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini.
Gol Chelsea dijaringkan oleh Bertrand Traore pada minit keeenam, Kevin
De Brunye pada minit ke-29 dan Romelu Lukaku pada minit ke46.
Pemain tengah Chelsea, Micheal Essen (kiri)
mengasak keras pemain Malaysia, Shakir Shaari (kanan) ketika pertemuan
Chelsea menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa
Chelsea-Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam, - Foto: SAFWAN MANSOR
Penyokong-penyokong Chelsea memegang jersi pasukan
Manchester United selepas menaganggalkan jersi tersebut dari penyokong
Manchester United sebelum pertemuan Chelsea menentang Malaysia bermula
di Stadium Shah Alam, hari ini. - Foto:SAFWAN MANSOR
Penyokong-penyokong Chelsea memaksa seorang
penyokong Manchester United menanggalkan jersi yang dipakai sebelum
pertemuan Chelsea menentang Malaysia bermula di Stadium Shah Alam, hari
ini. - Foto:SAFWAN MANSOR
Penyokong Malaysia tidak ketinggalan hadir
menyaksikan pertemuan Chelsea menentang Malaysia dalam perlawanan
persahabatan antarabangsa Chelsea-Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah
Alam, hari ini. - Foto:SAFWAN MANSOR
0 comments:
Post a Comment