Sunday, 14 July 2013
Filled Under:
Dunia Misteri
Misteri! Ratusan Ikan Mati di Tasik New York
Posted By:
zamri spoon
on 00:36
New York - Ratusan ikan di Tasik Canandaigua di New York, Amerika Syarikat mati secara misteri. Akibatnya, bahagian tepi tasik dipenuhi bangkai ikan dan bau busuk pun tersebar.
Keadaan sedih yang menimpa tasik Canandaigua, yang tercatat sebagai tasik berbentuk memanjang atau finger lake keempat terbesar di New York ini, sudah berlaku selama beberapa minggu . Proses pembersihan bangkai ikan di pinggir tasik terus dilakukan. Namun penyebab kematian ikan-ikan itu masih menjadi misteri.
"Semua petunjuk menunjukkan bahawa tasik dalam keadaan baik," ujar pengurus program pengurusan air bandar Canandaigua, Kevin Olvany seperti disiarkan USA Today, Khamis (11/7/2013). "Kejernihan air, level larutan alga dan oksigen, semuanya dalam tahap normal," tambahnya.
Bersama-sama dengan pasukan dari Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New York, Olvany menyiasat situasi aneh ini. Terutama, banyak warga tempatan yang mengeluhkan bau busuk akibat banyaknya ikan yang mati di tasik tersebut.
Menurut pihak berkuasa tempatan, sebenarnya wajar ada peningkatan jumlah ikan mati di sejumlah kawasan pantai mahupun tasik sepanjang musim ikan bertelur. Namun tahun ini yang luar biasa adalah jumlah peningkatan yang drastik serta saiz ikan yang mati, kerana ada ikan sepanjang 90 cm yang turut mati.
Jenis ikan yang mati cukup pelbagai, bermula dari ikan mas ukuran besar, ikan cap besar hingga ikan sepat dan ikan sunfish yang berukuran kecil.
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar telah melakukan pemeriksaan terhadap bangkai-bangkai ikan mahupun ikan-ikan yang sakit untuk mencari tanda-tanda penyakit. Salah satu penyakit yang cukup popular adalah virus yang menyerang ikan bernama viral hemorrhagic septicemia (VHS).
Virus ini tidak mempengaruhi pada manusia, tapi membawa maut dan tidak boleh disembuhkan pada ikan. Hasil pemeriksaan awal menyebutkan bahawa VHS tidak terindikasi dalam kes ikan mati di Tasik Canandaigua.
Oleh demikian, pemeriksaan terhadap sampel ikan lain masih terus dilakukan untuk mencari tahu punca kematian ikan-ikan tersebut. Usaha pembersihan bangkai ikan pun juga terus dilakukan.sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment