Sunday, 14 July 2013

Filled Under:

Permandangan Indah di Padang Savana dan Lautan Pasir di Gunung Bromo


Gunung Bromo punya dua pemandangan yang mempesona yang bakal membuat anda jatuh cinta, iaitu lautan pasir dan padang savana. Kedua-dua tempat ini punya kecantikan yang tiada tandingannya. Lautan pasirnya sungguh luas dan padang savananya hijau nan cantik.

Jika anda melakukan perjalanan menuju Gunung Bromo melalui Desa Tumpang, Malang, akan banyak keindahan panorama alam. Panorama alam tersebut berada di sebelah barat Gunung Bromo, iaitu padang sabana yang serba hijau.


 

 Bukit bukau dan rumput menghijau di sana mampu meneduhkan pandangan mata. Bahkan, beberapa traveler menyebutnya sebagai 'bukit Teletubbies'. Berfotolah dengan latar perbukitan hijau yang cantik tersebut.

 

Setelah dari Desa Tumpang, anda boleh menyewa kereta jenis Jeep yang mampu mengantar ke mana saja. Disyorkan, agar anda berangkat awal hari atau pagi-pagi sekali untuk berkesempatan melihat matahari terbit. Musim panas adalah masa terbaik untuk melihat matahari terbit di Gunung Bromo, kerana langitnya biru dan matahari kelihatan cerah.

Lalu dari arah Dusun Ngadas, anda boleh menuju perjalanan ke lautan pasir. Dari lautan pasir, anda boleh melihat Gunung Bromo dari puncak Salah satu bukit di sebelah selatan.















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers