Sunday 7 July 2013

Filled Under:

Petani 92 Tahun Berkahwin Gadis 22 Tahun

MUSALI duduk bersama Muna (tiga dari kiri), cucu lelakinya (kiri) dan seorang isteri kepada cucunya pada majlis perkahwinan itu.


PERCINTAAN tidak mengenal usia tua dan muda. Ungkapan itu amat tepat buat seorang petani Iraq yang berusia 92 tahun, Musali Mohammed al-Mujamaie.

Petani yang tinggal di sebuah kampung di utara Baghdad itu akhirnya menemui jodoh dengan seorang gadis berusia 22 tahun.

Majlis perkahwinan Musali dengan gadis pilihannya itu, Muna Mukhlif al-Juburi itu diadakan pada malam Khamis lalu.

Persandingan antara Musali dan Muna itu diadakan di rumah petani tersebut di Kampung Gubban, selatan bandar Samarra.

Majlis itu turut dimeriahkan oleh dua cucu lelakinya yang juga melangsungkan perkahwinan pada hari yang sama.

Isteri pertama petani itu meninggal dunia tiga tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga dengannya selama 58 tahun.
Musali dan isterinya itu mempunyai 16 orang anak.

Majlis perkahwinan Musali dengan gadis pilihannya itu, Muna Mukhlif al-Juburi


"Saya berasa gembira untuk berkahwin dalam majlis perkahwinan bersama-sama dengan dua cucu lelaki saya," kata Musali kepada agensi berita AFP kelmarin.
"Saya seperti berumur 20 tahun," tambah petani tersebut.

Musali menyatakan, sebelum ini majlis perkahwinan dua cucunya itu terpaksa ditangguhkan manakala majlis perkahwinannya dengan gadis tersebut sedang dalam perancangan. 

Justeru, katanya, keputusan kemudian dibuat supaya kedua-dua cucunya itu turut berkongsi majlis perkahwinan dengannya.

 
Dua cucu lelakinya itu masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.


Majlis perkahwinan itu diadakan dalam tempoh empat jam.

Persembahan tarian, muzik dan beberapa das tembakan dilepaskan ke udara bagi memeriahkan majlis perkahwinan itu.

Majlis perkahwinan itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin keagamaan dan penduduk suku kaum di kampung tersebut.sumber





3 comments:

  1. dlm gmbr lembik je nampak. dlm bilik nanti. hahahaha

    ReplyDelete
  2. selamat berbahagia sajalah

    ReplyDelete
  3. ini benera gan ?

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers