TOKYO - Jepun dijangka menghantar sebuah robot angkasawan yang boleh
bercakap ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk melakukan perbualan
pertama melibatkan manusia dan robot di angkasa lepas.
Robot tersebut, Kirobo dijadual berlepas ke ISS dari Pusat Angkasa Tanegashima, dalam Wilayah Kagoshima, barat daya Jepun.
Robot kecil itu akan berlepas dengan menaiki kapal angkasa kargo, Kounotori 4 ke ISS pada 4 Ogos depan.
Kirobo merupakan gabungan antara dua perkataan Jepun yang bermaksud robot harapan.
Robot setinggi 34 sentimeter dengan berat sekitar satu kilogram itu
jauh lebih kecil berbanding kebanyakan robot yang pernah dihantar ke
angkasa lepas.
Kirobo dibangunkan dengan kerjasama antara Universiti Tokyo, Toyota dan Dentsu Inc. - Agensi
Monday 1 July 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment