Thursday, 8 August 2013

Filled Under:

Anda Tahu ? Teknik Cuci Rambut di Angkasa Lepas

Angkasawan berambut perang ini menunjukkan cara-cara mencuci rambut sewaktu di angkasa lepas.

PERNAHKAH anda terfikir bagaimana seseorang angkasawan mandi atau mencuci rambutnya ketika berada di angkasa lepas?
Dipetik MailOnline, persoalan itu kini terjawab dengan inisiatif seorang angkasawan Amerika Syarikat (AS), Karen Nyberg, menunjukkan rakaman video beliau mencuci rambutnya sewaktu di dalam kapal angkasa.

Karen yang juga jurutera mekanikal kapal Ekspedisi 36 ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), menghantar rakaman berkenaan melalui laman twitternya.

"Sebelum ini, saya mendapat banyak soalan mengenai cara atau bagaimana saya mencuci rambut di angkasa lepas," katanya dalam twitter.Saksikan video  teknik cuci rambut di angkasa lepas






Dalam rakaman video itu, Karen kelihatan agak kelam-kabut dan terpaksa mengumpulkan air yang terapung di udara untuk membasahkan rambutnya.

Kemudian, beliau meletakkan sedikit syampu dan mencucinya walaupun rambutnya kelihatan tidak basah sepenuhnya akibat ketiadaan graviti.

Kesemua peralatan mencuci rambut dilekatkan pada dinding untuk mengelakkannya terapung-apung.sumber









1 comments:

  1. bestnye jadi astronaut. tapi to become one byk sgt requirements.

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers