Wednesday, 7 August 2013
Filled Under:
Dunia Unik
Lelaki Ini Punyai Koleksi Tin Coca Cola Seluruh Dunia
Posted By:
zamri spoon
on 16:00
SIAPA yang tidak kenal dengan minuman berkarbonat Coca-Cola. Dalam bulan Ramadan ini, pasti ada yang terbayang-bayang kesegaran saat airnya mengalir di tekak.
Jenama minuman ringan terkenal di seluruh dunia yang mula dikeluarkan pada 1886 itu amat digemari ramai, namun tidak ramai yang terfikir untuk mengumpul tin atau botolnya.
"Kalau diperhatikan betul-betul, rekaan botol Coca-Cola berubah setiap tahun malah edisi khas turut dikeluarkan antaranya sempena sesebuah filem.
Lelaki berasal Pesaro, Itali, ini memulakan kegiatan mengumpul tin Coca Cola sejak usia 15 tahun. Hobi uniknya bermula dengan mengumpul tin edisi khas yang diberikan ayahnya ketika pulang dari Eropah.
Kini Davide sudah mempunyai tin Coca Cola dari seluruh dunia, kecuali Cuba dan Korea Utara yang sememangnya tidak menjual minuman tersebut.
“Ayahku pulang dari perjalanan perniagaan di Eropah dan memberiku tin 150 ml dari pesawat dengan reka bentuk khas yang hanya ada di negara lain,” tutur Davide tentang tin pertamanya. Ia juga mengatkan bahawa tin paling mahal dalam simpanannya adalah edisi perayaan dengan warna emas.
Sementara itu koleksi nya yang tertua adalah dalam rekabentu berlian keluaran 1959.Selain itu ia juga mempunyai tin dari Nicaragua dan Namibia, termasuk tin Ghostbuster berasal dari Puerto Rico. Davide bahkan mempunyai tin edisi khas untuk pegawai Coca Cola Itali.
"Setakat ini saya belum pernah menjual koleksi saya ini. Memang saya tidak ada niat menjualnya pun. Mungkin sekadar bertukar-tukar koleksi bersama rakan-rakan sehobi," ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment