Friday, 6 September 2013

Filled Under:

Menakjubkan ! Keindahan Taman Bunga Lupin Semulajadi di New Zealand



Apabila Belanda mempunyai bunga tulip, maka New Zealand punya bunga lupin. Seperti bunga tulip, bunga lupin juga mempunyai aneka warna seperti merah, kuning, ungu, biru, jingga, merah jambu, bahkan yang terbaru mempunyai dua warna dalam satu tangkai.

Sepintas bunga lupin mirip dengan bunga lavender, namun sebenarnya mereka adalah dua spesies yang berbeza. Bunga lupin (Lupinus polyphyllus) berasal dari Amerika Utara yang tumbuh liar di kawasan-kawasan lembap seperti ditepi sungai atau tasik.

Pada tahun 1950an, bunga ini diperkenalkan di New Zealand oleh Connie Scoot. Orang New Zealand kemudian menyebut bunga tersebut sebagai bunga Russel Lupin, merujuk pada jenis varietasnya (Lupinus X Russellii Hort) yang merupakan hasil kacukan dihasilkan oleh George Russell di eropah pada tahun 1920an.

Sayangnya di New Zealand bunga ini dianggap sebagai perosak kerana tahap pertumbuhannya yang cepat dan mencerencatkan pertumbuhan tumbuhan  lain. Kini setiap musim semi, bunga lupin mekar dengan indahnya ditepi-tepi sungai dan tasik di New Zealand.















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers