Friday, 6 September 2013
Filled Under:
Dunia Misteri
Misteri ! Pokok Berdiri Diatas Ratusan Batu Nisan
Posted By:
zamri spoon
on 10:00
Ada sebuah pokok di London yang sangat terkenal kerana keunikannya. Pokok yang terletak di dekat gereja St Pancras ini berdiri diatas ratusan batu nisan yang bertindih.
Keberadaan pokok yang sudah sangat tua dengan beratus-ratus batu nisan dibawahnya, tentunya mengundang pertanyaan di hati banyak orang. Bagaimana ceritanya?
Kisah di sebalik pohon tersebut bermula pada masa revolusi industri di Britian, saat kawasan industri dibina secara besar-besaran di London. Pembangunan juga termasuk membina pusat rel kereta api untuk memudahkan pengangkutan bahan-bahan mentah industri. Trek rel kereta api yang akan dibina rupanya melewati kawasan perkuburan yang berada di dekat gereja St Pancras.
Makam-makam yang ada perlu dipindahkan agar boleh digunakan sebagai trek rel kereta api. Maka, semua jenazah yang ada kemudian diangkut dan dipindahkan dari makamnya, lalu dibakar dan ditempatkan dalam satu tempat di bawah pokok. Sementara batu nisan ditanam begitu saja berhampiran pokok.
Dulu pokok tersebut masih kecil. Namun, seiring dengan peredaran masa pokok tersebut tumbuh, batu-batu nisan yang ada disampingnya kemudian 'ditelan' dan menjadi satu dengan pohon tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment