Di banyak negara Timur, upacara menghormati kematian seseorang biasanya dilakukan dengan persembahan yang tidak lazim seperti dengan wang dan makanan. Namun di Taiwan, upacara kematian seseorang biasanya menghadirkan penari bogel (perempuan) atau disebut striptease.
Upacara dengan penari bogel itu biasa dilakukan dalam rangkaian festival keagamaan di sejumlah tempat di Taiwan dengan maksud menenangkan si mati di alam kubur. Demikian disiarkan dari surat kabar Huffington Post. Dalam beberapa kes, penari itu berpakaian AGAK SOPAN lalu melucutkan pakaian dalamnya. Dari atas pentas, mereka meliuk-liukan tubuhnya di hadapan penonton laki-laki, perempuan, dan kanak-kanak.
Meski kelihatan aneh bagi sebahagian orang, amalan ini ternyata hal yang biasa di Taiwan. Pada 2011 ahli antropologi Marc L. Moskowitz bahkan membuat filem dokumentari tentang tradisi ini dan diberi judul "Dancing for the Dead: Funeral Strippers in Taiwan.
"Meski jarang ditemui di kawasan bandar, namun di pedalaman sudah banyak orang melihat amalan ini," kata Moskowitz kepada io9.com tahun lalu. Dia menambah, seiring perubahan zaman tarian ini dilakukan sembunyi-sembunyi kerana ada undang-undang yang melarang amalan / persembahan yang memperlihatkan tubuh wanita pada tahun 1980-an. Molkowitz mengaku, hampir semua orang yang diwawancaranya untuk pembuatan filem itu menyatakan sudah pernah melihat tarian seperti itu.
"Masyarakat berkumpul dalam upacara keagamaan itu. Para penari mempersembahkan tarian bogel itu untuk mendapat berkat dari dewa dan SI MATI," kata Chen Chung-hsien, seorang sami Tao dari kuil Wu Fu di utara Taiwan.
Jom saksikan video menarik ini
0 comments:
Post a Comment