Sunday, 27 October 2013

Filled Under:

Menarik ! Darah Ikan Jerung Rawat Kanser Pay.udara

Seorang pesakit menjalani pemeriksaan barah payudara menggunakan peralatan canggih.


Universiti terima geran RM1.01 juta jalankan kajian tiga tahun

Glasgow: Sebuah universiti di Scotland percaya ada potensi rawatan untuk menyembuhkan penyakit barah payudara yang diperoleh daripada antibodi darah ikan jerung.
Universiti Aberdeen menerima geran lebih AS$320,000 (RM1.01 juta) daripada Persatuan Penyelidikan Kanser Antarabangsa (AICR) di United Kingdom untuk mengkaji ‘antibodi IgNAR jerung.’

“Kajian tiga tahun ini, akan memberi tumpuan sama ada sebatian yang ditemui di dalam darah jerung boleh menghentikan sel kanser daripada berkembang,” kata sumber.

Menurut anggaran kerajaan Amerika Syarikat, kira-kira 232,340 wanita dan 2,240 lelaki akan dikesan menghidap barah payudara pada 2013.

Lebih 40,000 orang tahun ini dijangka maut akibat penyakit itu.
Ada beberapa jenis ketumbuhan barah payudara.
Sesetengahnya adalah reseptor positif endokrin, yang bermaksud ia membesar lebih cepat dengan kewujudan hormon estrogen atau progesteron.

Menurut WebMD, kira-kira 75 peratus daripada kanser payudara adalah positif-ER, bermaksud ia memberi maklum balas terhadap estrogen.

Kembang lebih pantas

Enam puluh lima peratus atau ketumbuhan positif ER juga positif PR, yang bermaksud ia digalakkan oleh progesteron.

Ada juga ketumbuhan kanser payudara yang membuat terlalu banyak protein digelar HER2.

Ia mewakili kira-kira 20 hingga 25 peratus daripada kanser payudara dan ia berkembang lebih pantas berbanding ketumbuhan kanser payu dara jenis lain, menurut WebMD.

Akhir sekali, ada subseksyen 10 hingga 17 peratus ketumbuhan kanser payudara adalah “negatif tiga kali ganda” kerana ia tidak bercambah disebabkan estrogen dan progesteron dan tidak menghasilkan lebihan protein HER2.

Ini adalah kanser yang biasanya wujud di kalangan mereka yang mempunyai gen dikenali sebagai BRCA 1. -Berita Harian.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers