Saturday 12 October 2013

Filled Under:

Pelik ! Kanak-kanak Ini Memiliki Mata Seperti Kucing Boleh Lihat Dalam Gelap (video)



Generasi baru dengan perkembangan dan bakat yang luar biasa muncul di muka bumi , salah satunya , Nong Yousui . Kanak-kanak berasal dari  Cina ini mempunyai kemampuan untuk melihat di dalam kegelapan. Tidak hanya itu, matanya pun mempunyai warna yang unik, iaitu berwarna biru cerah.

"Ini terjadi sejak ia lahir. Pasukan doktor mengatakan, matanya akan berhenti menyala apabila ia tumbuh besar nanti dan akan berubah berwarna hitam seperti orang kebanyakan , "ujar ayah Nong dalam sebuah video, seperti disiarkan laman Medical Daily .




 

Tidak hanya mampu melihat dalam gelap , mata Nong yang cerah akan semakin menyala jika disinari lampu suluh . Meskipun mempunyai kemampuan luar biasa, nyatanya Nong seringkali merasa tidak selesa jika terlihat sinar matahari yang terlampau cerah.

Untuk menguji kemampuannya, seorang wartawan China menyiapkan satu set soal selidik yang diperlukan Nong dalam bilik tanpa cahaya. Hasilnya mengejutkan , Nong mampu mengisi kuisinoer itu . Ia mempunyai penglihatan di malam hari sebaik penglihatan siang hari pada kebanyakan orang.

Menurut laporan Real News 24 , World Record Academy (organisasi antarabangsa terkemuka yang mencatat rekod dunia ) menetapkan Nong sebagai manusia pertama yang boleh melihat dalam gelap.



 

Penglihatan di malam hari ( night vision ) umumnya dimiliki oleh haiwan, seperti kucing atau harimau . Keadaan ini disebabkan adana lapisan sel -sel yang tipis yang disebut tapetum Lucidium . Belum diketahui secara pasti mengapa keadaan ini boleh terjadi pada manusia.

Kepada Live Science , James Reynolds , seorang doktor pakar mata kanak-kanak di Universiti New York, mengatakan bahawa Nong mungkin mengalami mutasi genetik tunggal yang membentuk tapetum Lucidium pada manusia.

Kemampuan Nong ini mencetuskan minat para saintis di dunia , mulai dari ahli biologi evolusi hingga jurutera genetik . Jika ini benar- benar terjadi kerana mutasi genetik , penyelidik mungkin boleh menggunakan teknologi genetik untuk mewujudkan keadaan ini secara sengaja pada manusia agar dapat melihat dalam gelap.



        




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers