Wednesday, 4 December 2013

Filled Under:

Menarik! Costume-costume Pelik Di Perayaan Voodoo

  
Di sebuah desa tempat kelahiran Voodoo ( Vodun ) , ribuan orang datang dan berkumpul dalam sebuah perayaan . Mereka datang dengan custume
-custome penuh warna dan pelbagai tradisi upacara yang unik . Setiap tahunnya ribuan penganut kepercayaan Voodoo telah dikenali datang ke Benin ( sebuah negara yang terletak Afrika bahagian selatan dan bersempadan dengan Togo dan Nigeria ) untuk menghormati nenek moyang dan mengamalkan tradisi kepercayaan mereka.Perayaan tradisi ini diadakan di bandar Ouidah , sebuah tempat yang dianggap sebagai tempat kelahiran Voodoo .

Para penari Egungun , dengan pakaian unik berwarna - warni melambangkan roh nenek moyang dalam kebudayaan Yoruba , Nigeria . Beberapa roh bertopeng memberkati makhluk hidup ; yang lain menghibur dengan keindahan tarian .

Voodoo sering disalahertikan dengan sebuah ritual kuno , persembahan haiwan , roh jahat dan kutukan . Namun , dalam setiap agama atau kepercayaan terdapat keindahan dan misteri di balik amalan - amalan tradisi yang mereka lakukan .

Sihir atau Vodun dalam bahasa tempatan , adalah salah satu agama asli Afrika Barat yang terkenal dengan kekuatan magisnya . Benin rasmi mengakui Voodoo sebagai agama pada tahun 1989 . Amalan - amalan keagamaan dan festival Voodoo biasanya banyak melibatkan pemanggilan roh . Saat ini , lebih daripada 9.6 juta penduduk di kawasan Afrika Barat adalah penganut Voodoo .

















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers