Wednesday, 4 December 2013
Filled Under:
Dunia Unik
Menarik ! ' Nap Cafe Corne ' Cafe Untuk Bersantai Dan Tidur Khas Untuk Wanita
Posted By:
zamri spoon
on 08:30
Sebuah kafe kecil di sekitar Chiyoda - ku , Tokyo menyediakan penyelesaian bagi wanita yang ingin sedikit memejamkan mata di tengah hari . ' Nap Cafe Corne ' adalah kafe tidur khas untuk wanita di mana perempuan boleh berehat dan tidur selesa dengan kos murah .
Kafe tidur pada waktu siang bukan yang pertama di Jepun , tapi perkhidmatan penuh perhatian , khusus perempuan , dan harga murah telah membuat kafe ini cukup popular di Tokyo . Pelanggan tidak hanya dapat menikmati tidur di waktu siang , tetapi juga boleh menggunakan ruang make - up dan ruang tukar pakaian , mendapat makanan ringan dan minuman , dan menggunakan dapur dan tandas .
Pakaian juga boleh disediakan untuk pelanggan yang tidak mahu pakaian mereka kusut , atau telah basah kuyup kerana hujan . Pelanggan juga tidak perlu tidur siang , mereka boleh hanya berehat , membaca buku , mengecaj bateri handfhone elektronik mereka , dan memeriksa e-mel mereka . Kos untuk dapat berehat di nap café adalah 150 Yen ( US $ 1.50 ) untuk setiap sepuluh minit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment