Sunday 31 March 2013

SERAM !! LAMPU INI PERLU DARAH MANUSIA UNTUK MENYALA



Design produk asal Amerika Syarikat, Mike Thompson, mencipta Lampu Vampire. Layaknya vampire atau drakula, lampu ini memerlukan darah manusia untuk hidup atau menyala.


Dengan mencipta lampu yang hanya boleh dipakai sekali, pengguna harus berfikir semula bila-bila lampu yang diperlukan.
- Mike Thompson

Saat menyala, lampu tersebut akan menghasilkan warna biru. Lampu menyala apabila bahan kimia di dalam sebuah tablet dalam lampu itu melepaskan tenaga. Pelepasan tenaga boleh terjadi jika lampu mendapat bekalan darah.

Thompson, seperti diberitakan , tujuan pembuatan lampu bukan untuk mencari sensasi, melainkan menyedarkan pentingnya menjimatkan tenaga. Tujuan pembuatan lampu ini, ungkap Thompson, untuk membuat orang bertanya bagaimana jika individu perlu membayar dengan dirinya demi mendapatkan kuasa.

          

Ia mengaku ingin berkomunikasi bahawa penggunaan tenaga terlalu besar akan membahayakan individu, sama halnya ketika manusia kehilangan banyak darah.


MAYAT PENGG.ANAS S.U.L.U. MULA DIBEDAH SIASAT



Lahad Datu: Mayat seorang anggota kumpulan pengganas yang ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, di sini, pada 6 Mac lalu, berjaya dikeluarkan pagi semalam.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, mayat itu menjadikan 46 daripada 68 mayat pengganas yang ditembak mati berjaya dikeluarkan sehingga kini.




“Mayat dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya pada sidang media Ops Daulat di Pusat Media Felda Residence Sahabat, di sini.

Hamza berkata, operasi pembersihan dan penggeledahan pihak berkuasa bagi menumpaskan saki-baki pengganas yang kini berpecah kepada kumpulan kecil diteruskan di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Lok Buani.

Beliau berkata, pihaknya akan menutup pusat pemindahan sebaik semua lapan kampung yang sebelum ini diletakkan dalam zon merah bebas daripada pengganas.


Dalam pada itu, beliau berkata, Ops Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu tidak akan dihentikan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, ini kerana operasi ketenteraan itu tidak hanya membabitkan Lahad Datu, malah membabitkan kawasan lain, termasuk Semporna dan Sandakan.

“Ia bergantung kepada keadaan keselamatan di kawasan terbabit,” katanya.



Hamza berkata, sehingga hari ke-26 Ops Daulat, pasukan keselamatan menahan 126 individu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Angka itu termasuk isteri dan anak perempuan seorang pengganas dipercayai pembantu dan pengawal kepada imam tua, yang ditembak mati di Kampung Sri Jaya, Simunul, kelmarin.


Selain itu, katanya, operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menyaksikan 443 ditahan mengikut akta lain.



SUBHANALLAH ! JANIN TERSENYUM DALAM PERUT IBUNYA



London: Imej kabur pada skrin hospital adalah gambar pertama untuk kebanyakan bakal ibu bapa melihat anak mereka.
Bagaimanapun, perisian pengimejan terkini mampu untuk mempamerkan janin dengan maklumat yang lebih menakjubkan.


Perisian itu menjalankan pengimbasan ultra bunyi 3D konvensional dan menambah warna, tekstur kulit, pencahayaan dan bayangan. Teknologi itu menghasilkan imej yang sungguh jelas dan membenarkan ibu bapa melihat wajah anak mereka sebelum ia dilahirkan.

Terdapat juga versi 4D yang bermakna ibu bapa boleh melihat anak mereka tersenyum dan menendang dalam perut secara langsung. Ia boleh juga dirakam dan dijadikan dalam bentuk DVD.


Perisian itu membenarkan doktor mengesan masalah pada janin lebih pantas daripada sebelum ini.



LAHAD DATU ;- PENGGANAS SULU LEPAS GERAM


ABDUL JABBARmenenangkan isterinya, Norhaya yang sedih melihat rumah kedaimereka yang musnah angkara pengganas di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu semalam.

LAHAD DATU - Kehidupan kira-kira 1,400 penduduk di Kampung Tanjung Labian di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka terpaksa menghadapi masa depan suram dan beban hutang gara-gara pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu.
Selepas sebulan meninggalkan rumah dan menghuni pusat pemindahan ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu, sebahagian penduduk dibawa memasuki kawasan kampung itu sebelum dikejutkan dengan penemuan banyak harta masing- masing yang musnah terbakar atau dirosakkan.
Tidak cukup dengan rumah, kedai runcit dan bengkel kenderaan, peralatan untuk mencari sesuap nasi seperti bot nelayan turut dimusnahkan.
Sedih dengan apa yang dilihat, beberapa orang penduduk meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir.


Siti Aminah Hiya, 21, berkata, kehidupannya kini sudah tidak bermakna apabila rumah yang dihuni beberapa tahun lalu musnah.
Lebih memburukkan keadaan apabila bot dan enjin yang diguna oleh suami ke laut menangkap ikan turut terbakar.
"Bot dan enjin ini saya dapat hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM1,500 beberapa bulan lalu dan baru sekali saya bayar balik pinjaman.
"Sekarang bot sudah hancur, bagaimana saya dan suami hendak mencari rezeki bayar balik pinjaman? Rumah juga dibakar dan apa yang ada sekarang hanyalah baju yang kami pakai ini," katanya.





Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



KISAH SERAM !! DIGANGGU HANTU PENANGGAL


hantu penanggal
  Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.

  Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju kesimpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang
gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.

  Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah
perasaan objek tersebut meyerupai kepala maknusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.


KISAH LUCU !! PAK PANDIR PAKAI TELEFON



Satu ketika di sebuah kampung jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan terlihat Pak Pandir mempunyai telefon bimbit…

“Wah Pak Pandir …ada henpon …ada line ka dekat sini …?”

Jawab Pak Pandir:

“Sini takda line, tapi kalau encik mahu talipon saya punya henpon, bagitahu saya awal-awal, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada Line”


Saturday 30 March 2013

MENARIK!! FOTO LAWAK PART 18


salam semua pembaca blog zamrispon kali ini zamrispoon nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita 


Gambar-gambar ini dikutip di internet,  untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.
daily-gifdump-107





GOLONGAN KAYA RUSSIA GUNA AMBULANS ELAK KESESAKAN JALAN RAYA



Moscow: Polis menjalankan siasatan khas selepas ada laporan mendakwa, beberapa ambulans diubah suai dengan hiasan mewah untuk disewa tokoh tertentu yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas.
Jurucakap polis berkata, pemeriksaan rawak akan dilakukan ke atas ambulans di Moscow ekoran beberapa syarikat mengiklankan “perkhidmatan teksi ambulans” dengan sewaan RM605 sejam di Internet.




Sumber berkata, pemandu kenderaan itu akan memasang siren kecemasan untuk melepasi kesesakan lalu lintas di bandar raya Moscow.

Ketika pengguna jalan raya memberi laluan kerana menyangka ambulans berkenaan membawa orang sakit, kenderaan itu sebenarnya mengangkut ahli perniagaan yang ingin pergi ke mana-mana lokasi dengan segera. Seorang sumber pihak berkuasa berkata, sebuah ambulans sudah dikenal pasti. “Pemandu itu nampak mencurigakan dan tidak kelihatan seperti pemandu ambulans.



INILAH DIA SPIDER-MAN SEBENAR 'MUSTANG WANTED'






Seorang bekas penasihat undang-undang warga Ukraine mengambil gambar mencemaskan ini ketika mendaki bangunan dan bergayut dari menara di Kiev dan Moscow.
Tanpa menggunakan alat keselamatan, pemuda berusia 26 tahun itu yang menggelar dirinya “Mustang Wanted” mempertaruh nyawa menerusi hobinya di peringkat ekstrem. Aksi lagak ngerinya yang membuatkan orang gementar termasuk bergayut di bangunan hanya dengan sebelah tangan dan mengimbangkan diri secara menjinjit di atas batang logam yang tergantung tinggi



 Aksi berbahaya dilakukannya itu membolehkan dia mendapat jolokan nama samaran “Spider-Man sebenar” Dia menulis dalam laman Facebooknya: “Ketakutan tidak wujud. Kadang-kadang saya rasa macam robot. Saya tidak merasakan apa-apa.
“Kematian bukan perkara terburuk yang boleh terjadi. Setiap orang akan mati, tetapi tidak semua orang dapat hidup sebagaimana yang mereka inginkan.










MENARIK !! FOTO LAWAK BERGERAK PART 17


salam semua pembaca blog zamrispon kali ini zamrispoon nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita 


Gambar-gambar ini dikutip di internet,  untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.





adorable_ways_to_show_a_parents_love _is_universal



SUBAHANALLAH !! PERCIKAN API DARI MATAHARI (10 FOTO)



FLORIDA - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat semalam mendedahkan gambar nyalaan api di permukaan matahari.
Gambar itu dirakamkan pada 16 Mac lalu.
Ia menunjukkan terdapat percikan api yang terkeluar dari permukaan matahari. 
sumber






WOW !! HOTEL BERTEMAKAN SYURGA DAN NERAKA

Sebelum masuk syurga atau neraka, tak ada salahnya kamu mencuba sensasinya di hotel ini.

Tapi anda tidak perlu khuatir, kerana jika kamu memilih neraka, kamu tidak akan dibakar atau diseksa . Hotel bernama Vice Versa ini hanya menawarkan konsepnya sahaja.

Direka oleh Chantal Thomass, jika anda memilih konsep syurga, bilik anda akan didominasi dengan warna putih. Sedangkan jika memilih neraka, bilik anda akan didominasi oleh warna merah dan hitam.

Tidak hanya itu saja, hotel 37 tingkat ini juga mempunyai bilik hotel bertemakan '7 dosa mematikan '. 7 dosa tersebut meliputi nafsu, kerakusan, ketamakan, kemalasan, kemurkaan, iri hati, dan kebanggaan.

Misalnya kerakusan, kamarnya didominasi oleh warna merah muda dengan gambar perempuan Perancis mirip dengan Marie Antoinette. Tema nafsu didominasi warna merah muda pastel dengan aksen hitam dan gambar-gambar lekuk tubuh perempuan. Tema kesombongan mempunyai aksen berwarna kuning keemasan, patung, dan lantai marmar. Dan sebagainya, sesuai dengan ikon tema tersebut.

Hotel yang terletak di kawasan Paris, Perancis ini sudah begitu banyak peminatnya sejak awal pembukaannya, pada Julai 2012 lalu. Bagaimana, tertarik untuk berkunjung.??



sumber;-http://dairishare.blogspot.com




RITUAL PELIK CARA PENDUDUK ORANG ASLI AFRIKA TANGKAP IKAN





Sekali setahun perairan suci Tasik Antogo di Mali dibuka kepada nelayan. Ribuan nelayan berbaris  di sekeliling tasek .
Lihat video di bawah ini yang benar-benar gila ,ribuan nelayan yang beratur untuk menangkap ikan di Tasik Antogo di Mali. Selepas letupan dari pistol permulaan, mereka menyerbu tergesa-gesa bagai nak gila untuk ke tengah. Di mana-mana anda melihat terdapat nelayan, ia adalah sukar untuk membayangkan bahawa ikan- ikan terselamat. Tasik suci hanya terbuka untuk  sekali setahun.


 
Benua Afrika terkenal dengan keanekaragaman tradisi yang sudah dijalankan ratusan tahun yang lalu. Begitu juga dengan ritual unik satu ini. Tepat di desa Bamba, di bagian utara negara Dogon di Mali, terletak sebuah danau kecil yang dianggap sacral oleh masyarakat sekitar di mana nelayan hanya diperbolehkan sekali setahun menangkap ikan , ritual unik ini disebut Antogo.
 
 
Di masa lalu, Bamba dikatakan adalah hutan hijau subur. Danau, yang dianggap suci dipenuhi oleh ikan yang memberikan kontribusi untuk kebutuhan makanan lokal. Tetapi karena perubahan iklim, desertifikasi, dan perjalanan waktu, kawasan ini secara bertahap menjadi kering, tidak subur dan tidak ramah.  Penduduk setempat kini menghadapi masalah besar seperti tidak tersedianya air.  Namun buat mereka  danau masih merupakan sumber daya berharga.
 

 



KISAH SERAM !! DI USIK JELMAAN PENUNGGU RUMAH ..


  Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.

  Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit, mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka . Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!

  Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya. Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan calar-calar di badannya.

  Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja kakinya melangkah ke dalam rumah.

  Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah. Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil, cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.

  Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ. Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan Ayu. "kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya "dia" masih taknak lepaskan rumah ini". Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.


KISAH LUCU !! PAK PANDIR PAKAI KON.DOM

 Pada suatu hari Pak Pandir mengadu pada doktor:
“Doktor, dulu doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andeh saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya.”

Tanya doktor:
“Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?”

Jawab Pak Pandir:
“Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)…”




Friday 29 March 2013

WOW!! Urutan Melayu rawat saraf

Kini tidak banyak pusat kecantikan menyediakan cara urutan Melayu tradisional kerana rata-rata dipengaruhi urutan moden berasaskan aromaterapi.
Namun, masih ramai menggemari cara urutan ini kerana rawatan urut tradisional membantu rawatan tubuh terutama berkaitan urat saraf dan angin.
Malah, teknik urutan yang dilakukan juga membantu memperbaiki sistem perjalanan darah, merawat urat saraf wanita lepas bersalin dan memulihkan kembali tenaga mereka selepas melahirkan anak.
Selain itu, urutan wanita bersalin merangkumi urutan menaikkan kembali peranakan yang kendur atau turun akibat meneran ketika melahirkan.


Menurut pemilik Ilyanies La Casa Of Beauty (Ilyanies), Rusnani A Bakar, ada juga yang beranggapan urutan sebagai proses me-nyakitkan dan meninggalkan kesan selama berhari-hari.


Tetapi bagi Rusnani, tahap tekanan urutan pada bahagian bermasalah berlainan antara setiap individu bergantung kepada masalah dialami.

Paling penting, tempat mengalami kesakitan itu tidak akan diurut berulang kali bagi mengelakkan kesan kepada urat sarat yang membengkak.

“Teknik urutan yang betul tidak memerlukan daya tekanan yang kuat hingga menyakitkan diri. Walaupun ada rasa sakit, ia dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengurangkan rasa sakit.

“Tidak dinafikan bahagian yang sakit itu mungkin mempunyai masalah angin atau urat saraf, tetapi jangan terus menekan bahagian sakit agar tidak berlaku kejadian tidak diingini selepas urutan,” katanya.

Untuk memulakan proses urutan badan, dia memulakan dengan sauna, lulur dan mandi terlebih dulu sebelum diakhiri dengan urutan pada seluruh badan.

Setiap proses yang diketengahkan mempunyai peranan masing-masing dan badan akan merasainya pada akhir urutan.

Bahan digunakan juga semula jadi kerana itu, dia menawarkan kombinasi rempah ratus seperti yang digunakan orang dulu kala bagi mengekalkan khasiat mengurut dalam tempoh lama.

“Antara bahan digunakan ialah pulut, teh jelawang, kunyit, serai serta halia. Semua bahan berkenaan dicampur bersama dan ia menaikkan aroma yang mengasyikkan.

“Mandian sauna akan mengambil masa 20 hingga 30 minit dan tidak boleh dilakukan terlalu lama bagi mengelakkan badan nyahhidrat,” katanya.

Namun, sebelum memulakan sauna perlu menggosok losen pada seluruh badan bagi mempercepatkan proses membuang angin ketika ia berlangsung.

Sauna perlu dilakukan bagi melembutkan urat saraf dan membuka liang roma agar sapuan minyak digunakan ketika me-ngurut akan diserap badan dengan cepat.

Di samping itu, lulur badan disediakan juga menggunakan rempah ratus serta gabungan kopi atau koko untuk meningkatkan keberkesanan lulur.

“Bahan berkenaan sesuai digunakan kerana berupaya membantu membuang angin, menanggalkan sel kulit mati serta mempunyai vitamin yang membantu membersih serta mencerahkan kulit.

“Malah, ia juga berfungsi sebagai bahan untuk melambatkan proses penuaan serta membantu menegangkan kulit secara sihat,” katanya.

Proses ini akan mengambil masa selama satu jam hingga satu jam 30 minit bergantung kepada saiz badan pelanggan dan lulur berkenaan akan dibiarkan seketika sebelum disental seluruhnya.

Kemudian ia diikuti dengan mandian sama ada menggunakan mandian mesin spa ataupun mandian berempah selama 20 minit.

Selepas proses berkenaan, barulah urutan seluruh badan dilakukan kerana badan perlu berada dalam keadaan panas agar mampu mengaktifkan sel badan untuk lebih menyerap minyak urutan.

Posisi mengurut dilakukan dalam tiga situasi iaitu ia dimulakan di bahagian belakang badan secara meniarap, mengiring dan terlentang.

“Urutan dilakukan pada bahagian kanan dan kiri badan, diikuti bahagian hadapan bagi memudahkan pencarian urat saraf bermasalah.

“Ia dilakukan di seluruh badan tanpa tertinggal satu bahagian pun kemudian diakhiri dengan kepala dan bacaan ayat suci al-Quran sebagai penutup,” katanya.

Pusat kecantikan yang berada di Jalan SG 3/19, Pusat Bandar Seri Gombak, Batu Caves itu sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu.

Rusnani berkata, dia tidak pernah mengikuti kelas urutan khusus sebaliknya mempelajari teknik urutan keluarga secara turun temurun dan minat mengurut itu terus berkembang hingga kini.



TU DIA !! UBAT PANJANGKAN UMUR MANUSIA SEHINGGA 150 TAHUN


Tahukah kamu jika saat ini sudah ada ubat yang boleh membuat manusia hidup hingga 150 tahun.

Penyelidik baru baru ini mencari ubat yang boleh membuat manusia menjadi panjang umur dan melawan penuaan sehinga manusia selalu sihat.

Ubat ini adalah versi sintesis resveratrol yang boleh didapati dalam red wine. Resveratrol dipercayai para ilmuan boleh memberikan kesan anti penuaan pada manusia dan boleh mengubati beberapa penyakit berbahaya seperti kanser, serangan jantung dan diabetes.

"Akhirnya, ubat ini boleh mengubati satu penyakit. Namun tak seperti ubat yang ada saat ini, ubat ini boleh mencegah 20 penyakit yang lain. Kesannya, ubat ini boleh melambatkan penuaan, "ungkap Profesor David Sinclair

 
Resveratrol dalam bekerja meningkatkan aktiviti protein bernama SIRT1 yang membuat manusia menjadi awet muda dan dapat menyebuhkan beberapa penyakit. Nah protein SIRT1 biasanya terbentuk apabila manusia melakukan sukan dan sekatan kalori tetapi protein ini juga boleh dimulakan dengan pencetus semula jadi, iaitu resveratrol yang terdapat dalam wine merah.

Sinclair berharap suatu saat ubat ini boleh digunakan sebagai ubat pencegahan untuk beberapa jenis penyakit berbahaya.

 


Nuffnang Ads

Followers