Wednesday 8 January 2014

Filled Under:

Misteri Mayat Berubah Jadi Mumia Dengan Sendiri di Colombia.VIDEO

Orang Mesir melakukan proses pemumian mayat sejak zaman kuno lagi . Namun sebuah lokasi di Colombia boleh memumiakan jenazah secara semula jadi .

Kubur San Bernardo di bandar kecil di Colombia yang mempunyai keunikan tersebut . Mayat yang dikebumikan di sana menjadi mumia dengan sendirinya dalam keadaan masih di dalam keranda . Keanehan ini ditemui pada 15 tahun lalu oleh penggali kubur bernama Eduardo Cifuentes .

Eduardo mendakwa bahawa tubuh mumia telah ada sejak sekitar 1957  . Mumia itu mempunyai bentuk kulit kerepot dan pucat .Pun begitu dengan pakaiannya yang berubah warna jadi kecokelatan kerana berlalunya waktu .

Lokasi lain yang boleh memumiakan secara semulajadi adalah di Guanajuato , bandar  Mexico , Amerika Latin . Kandungan gas di bawah tanah dan keadaan tanahnya menjadi rahsia proses pemumian natural ini . Tapi hal ini diyakini tidak berlaku di tanah perkuburan San Bernardo .

Sebab utama adalah keadaan di San Bernardo yang jauh berbeza dengan di Guanajuato . Pasalnya , jenazah disemayamkan di atas tanah ( seperti adat di Colombia ) , bukan dikubur di dalam tanah seperti di Guanajuato . Hal itu menunjukkan pemumian tidak berkaitan proses di dalam tanah .

Namun menurut  warga tempatan proses pemumian itu kerana kandungan  air , suhu tanah dan sekurang-kurangnya bahan kimia dalam makanan mereka . Beberapa orang berfikir faktor dua buah yang tidak biasa dalam makanan tempatan mereka iaitu guatila dan balu . Sedangkan lain menganggap pemindahan makam pada 1957 kerana di kuburan lama tidak pernah dijumpai mumia .

Kini mumia - mumia tersebut menjadi daya tarik pelancong yang berkunjung ke Colombia . Datuk Bandar pun telah memerintahkan pembuatan muzium khas di belakang kubur yang mempertontonkan 8 mumia di dalam kotak kaca . Meski mendatangkan pemasukan daerah namun tidak semua warga bersetuju projek pengkomersilan mumia  ini .






                                                         Jom layan video berikut: 





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers