Saturday, 11 January 2014

Filled Under:

Perkampungan Vang Vieng Dianggap Syurga Dunia Oleh Pelancong.Video


Di Laos terdapat sebuah perkampungan kecil yang ramai dikunjungi pelancong , iaitu kampung Vang Vieng . Kampung ini dikenali sebagai syurga para backpacker .




Perkampungan Vang Vieng di Laos awalnya merupakan sebuah kapung pelancongan yang mempunyai pemandangan indah dan suasana tenang . Kampung ini terletak di Wilayah Vientiane ,kira-kira empat jam perjalanan dari Ibu Kota Laos , Vientiane . Sejak dulu , kampung ini memang telah menjadi pusat para pengembara dari Eropah dan Australia .



Dulu , setiap minggu pasti ada saja pembangunan guest house baru di Vang Vieng . Sehingga kampung ini dipenuhi bar , kafe , serta penginapan yang setiap harinya memainkan muzik . Daya tarik Vang Vieng kini adalah bir dan narkotik , yang boleh didapatkan dengan harga sangat murah di hampir semua bar dan kafe yang ada di kampung ini .





Tarikan utama di kampung ini adalah berenang di Sungai Nam Song menggunakan pelampung  besar ( tiub ) , dan menurut tempat sewa pelampung tersebut , setiap harinya ada lebih dari 500 pelampung yang disewa . setiap harinya jalanan di kampung ini dipenuhi para pelancong yang mabuk  dan berpakaian tidaksenonoh serta berpesta semalaman suntuk .




Backpacker ini menghabiskan sekurang - kurangnya dua minggu hingga sebulan di perkampungan Vang Vieng . Mereka bahkan bekerja di bar dan kafe untuk mendapatkan penginapan serta minuman percuma  . Malangnya , sejak aktiviti tubing dilarang kerajaan kerana berbahaya , Vang Vieng menjadi semakin sepi dari backpacker asing .







Jom saksikan video berikut:
 





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers