Monday 24 November 2014

Filled Under:

Ayan Qureshi Pemegang Rekod Microsoft Certified Professional Termuda Didunia.


Seorang kanak-kanak genius menjadi pakar komputer termuda di dunia yang memenuhi syarat-syarat di usianya yang baru berusia 5 tahun 11 bulan. Ia pun mengalahkan pemegang rekod sebelumnya yang berusia 6.5 tahun.

Seperti yang dilaporkan Mirror, Ayan Qureshi telah lulus Microsoft Certified Profesional peperiksaan dengan Kepujian. Dia boleh melengkapkan peperiksaan yang biasanya diikuti oleh graduan universiti dalam masa kurang daripada dua jam. Ujian juga dilihat sebagai kelayakan penting untuk pakar IT kerana banyak syarikat supaya mengambil kira .

Sejak kecil, kehidupan Ayan ini memang sudah lekat dengan komputer. Ayahnya seorang perunding IT. Jadi  ayahnya sudah memperkenalkan tentang komputer sejak Ayan berusia tiga tahun. Bahkan  Asim nama ayah Ayan sudah membuatkan lab IT komputer di rumah untuk belajar.

Ayan melakukan training selama lima bulan untuk mengikuti ujian Microsoft, dan menjalani ujian final di Birmingham City University pada September lalu. Ayan akhirnya lulus dan berhak mendapat Microsoft Certified Professional.

  Asim juga mendedahkan bahawa dirinya telah melihat bakat anaknya sejak kecil. Awalnya Ayan kelihatan tertarik ketika Asim sedang memasang Windows, ia juga tertarik cara bermain game di komputer. Tetapi semakin lama, Ayan lebih tertarik mengerti bagaimana cara sebuah komputer bekerja. Walaupun tidak mudah mengajar anak kecil, tetapi Asim terus memberikan ilmu baru setiap hari untuk  anak. Nyatanya, usaha tersebut memang terbayar dengan Ayan yang kini memegang rekod sebagai peraih Microsoft Certified Professional termuda.











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers