Tuesday, 25 November 2014

Filled Under:

Lelaki B0gel Jatuh Dari Siling Tandas Wanita .

Gambar Hiasan

BOSTON – Seorang lelaki bogel yang terjatuh dari siling sebuah bilik air wanita di Lapangan Terbang Logan menyerang seorang warga emas berusia 84 tahun sebelum dia berjaya ditahan polis.

Kejadian disedari ketika seorang wanita mahu menggunakan tandas yang terletak berdekatan pusat pemeriksaan keselamatan di Terminal C, Lapangan Terbang Logan di sini, kata seorang jurucakap polis Boston, David Procopio.

Kata Procopio, lelaki itu dipercayai menyelinap masuk ke dalam tandas berkenaan tanpa memakai pakaian lalu memanjat dan cuba merangkak di atas tandas tersebut sebelum dia tiba-tiba terjatuh.

Lelaki yang dikenali sebagai Shenk itu kemudian cuba melarikan diri sebelum bertembung dengan seorang lelaki berusia 84 tahun dan menyerang lelaki berkenaan.

“Dia menggigit telinga dan mencekik leher warga emas itu dengan menggunakan tongkat mangsa,’’ katanya.

Shenk kemudian ­menyerang seorang anggota polis yang cuba menahannya menyebabkan anggota polis itu mengalami kecederaan ringan di tangan.

Shenk dibawa ke Hospital Besar Massachusetts untuk mendapatkan rawatan akibat cedera terjatuh dari siling.

Polis berkata, Shenk akan didakwa kerana cubaan membunuh, melakukan keganasan dan serangan terhadap warga emas dan anggota polis selain berkelakuan lucah serta merosakkan harta awam. – kosmo.com.






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers