Tuesday, 30 December 2014

Filled Under:

Jom Saksikan Gabungan Gerakan Taichi dan Free Style Basketball.


Tai Chi merupakan seni bela diri yang berasal dari China. Sebahagian orang menyebut Tai Chi sebagai proses pengantaraan yang dibalut dalam gerakan. Namun, apa jadinya jika gerakan-gerakan Tai Chi tersebut digabungkan dengan sukan bola keranjang?

Sebelum ini, sebuah kumpulan free style  bola keranjang di China baru saja menggabungkan gerakan-gerakan Tai Chi dengan sukan bola keranjang. Idea unik ini pertama kali muncul dari Jiang Shan. Ia merupakan juara Freestyle Basketball di China selama 3 tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2006 sampai dengan 2008.

Tidak hanya itu, Jiang dan kumpulannya juga telah menunjukkan gabungan gerakan Tai Chi dan sukan bola keranjang ini di sebuah perlawanan NBA. Gerakan-gerakan gabungan tersebut memang menekankan pada kelajuan tangan dan juga keindahan.

Jiang dan kumpulannya telah merakam gerakan-gerakan gabungan antara seni bela diri Tai Chi dan sukan bola keranjang ini ke dalam beberapa video. Video tersebut pun dimuat naik di YouTube.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers