Tuesday, 30 December 2014

Filled Under:

Pelik! Wanita Cantik Ini Berkahwin Dengan Pahlawan Amazon Berusia 51 Tahun.

 Seorang pembuat filem dokumentari berasal dari Eropah, Sarah Begum, merupakan wanita cantik yang ingin meneliti sebuah suku di Amazon, tempatnya di hutan hujan Ecuador. Ia ingin melihat dari dekat, bagaimana syarikat gergasi minyak di sana secara perlahan 'memusnahkan' Amazon.

Untuk itu, ia melakukan pelbagai cara, agar boleh membuat filem ekslusife di hutan hujan yang kaya akan mineral tersebut. Wanita berusia 21 tahun tersebut pergi dari London, dan menghabiskan dua minggu waktunya untuk mendokumentasikan kehidupan suku kuno yang masih hidup di belantara Amazon.

Di salah satu yang didatangi bukan tanpa risiko, pada tahun 1950-an, kira-kira 5 mubaligh maut di sana. Namun Sarah mengaku disambut hangat, apabila datang memasuki suku tersebut.




Dia belajar bagaimana menenun, memburu dengan sumpit, dan mencari rumput untuk ternakan, seperti yang dilakukan wanita-wanita di sana dan pada akhirnya, ia berkahwin dengan salah satu pahlawan yang berusia 51 tahun, yang berbeza usia sekitar 30 tahun dengannya, bernama Ginkto.

Namun perkahwinan tersebut tidak benar, hanya sebagai simbol ia diterima di suku terasing di hutan Amazon.

"Saya dipilih oleh orang-orang tua, dan aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada saya. Saya dipanggil ke pondok dan semua orang di dalam keadaan berbogel. Saya diberitahu untuk memakai pakaian tradisional mereka, yang merupakan seutas tali yang diperbuat daripada serat tumbuhan dikenakan di pinggang. saya fikir, saya tidak boleh berbogel, ini sedang difilemkan, "kata sarah.

Dan setelah itu mereka memakaikan mahkota, dan menjadikannya "ratu" di sana, yang ternyata itu adalah ritual untuk sebuah perkahwinan. Kerana profesionalisme, akhirnya Sarah mengikuti semua kegiatan tersebut.

Dia terkejut pada awalnya, tapi mereka menjelaskan bahawa ritual tersebut tidak dijangka untuk mempunyai hubungan intim dengan Ginkto. Sebaliknya, perkahwinan adalah salah satu yang kehormatan untuk membina kepercayaan dengan suku.

Sekarang, Sarah membuat pengalamannya menjadi sebuah filem dokumentari setengah jam, berjudul Amazon Souls, yang dipaparkan di Festival Filem Cannes tahun lalu.

Huta AMAZON yang kaya dengan minyak, membuat banyak syarikat ingin berebut tanah di Amazon. Namun itu boleh memusnahkan suku tradisional yang sudah tinggal selama ribuan tahun.




3 comments:

Nuffnang Ads

Followers