Ada sesuatu yang membuatkaum wanita Kemboja ini datang ke lokasi terpencil di pergunungan Cardamom, Kemboja.
Sesuatu yang mengejutkan mereka, kerana boleh mencari spesis tumbuhan baru dan cukup jarang dari keluarga pitcher (Genus Nepenthes). Namun, yang lebih mengejutkan lagi, tumbuhan itu sangat mirip dengan zakar .
Pitcher ini tidak boleh dinafikan kalau tumbuhan ini menyerupai zakar, namun juga merupakan tumbuhan karnivor, yang bermakna memakan nutrisi yang sebahagian besar menggunakan serangga dan protozoa (organisma bersel satu).
Ia melakukannya dengan membuka tutup kepala seperti di bahagian atas tubuhnya untuk menarik dan memerangkap mangsa masuk ke dalam.
Dengan demikian tumbuhan ini boleh hidup dengan mencerna makanannya itu.
"Anda pernah mendengar tentang Venus fly trap, tunggu sekarang anda harus mengenal Zakar fly trap," kata Elena Safransky .
Katanya, walaupun tidak ada kekurangan jenis flora dan fauna yang menyerupai alat kelamin perempuan dan lelaki, namun tumbuhan zakar tersebut merupakan ciptaan yang paling ketara.
Dalam rakaman video tersebut, seorang wanita di antara mereka membincangkan bagaimana boleh membawa kembali beberapa biji tumbuhan baru dan jarang berlaku itu untuk ditanam sendiri.
0 comments:
Post a Comment