Friday, 24 April 2015
Filled Under:
Dunia Misteri
Misteri Kanak-kanak Perempuan Yang Kembali Pulang Selepas Hilang 45 Hari Lalu.
Posted By:
zamri spoon
on 10:00
Salah satu kebimbangan terbesar ibu bapa adalah kehilangan anaknya. Apalagi jika si anak jadi mangsa penculikan dan tidak ada jejak yang boleh dikesan. Tidak terbayang betapa cemas dan was-wasnya kedua ibu bapaya.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun hilang secara misteri 45 hari lalu. Dikutip dari shanghaiist.com, tarikh 5 Mac 2015, para saksi menyebutkan kalau kanak-kanak kecil tersebut keluar dari sebuah teksi bersama seorang lelaki dan dua wanita. Kanak-kanak kecil tersebut diturunkan di tempat yang betul-betul sama dengan tempat dulu ia tiba-tiba hilang.Ibu bapa si anak kecil menyebutkan kalau perkara pertama yang diingini anaknya ketika baru sampai di rumah adalah ia ingin kembali sekolah di taman kanak-kanaknya. Kanak-kanak kecil tersebut tidak memberi penjelasan apa-apa atas yang sudah terjadi 45 hari selama hilang. Ia hanya mengatakan kalau ia tinggal di sebuah rumah, makan daging, tapi tidak punya kawan yang boleh diajak bermain. Di samping itu, ia juga menyaksikan orang-orang dewasa yang bertengkar di sana.
Saat kembali pulang ke rumah, kanak-kanak kecil tersebut sudah mengenakan baju baru. Tidak nampak adanya tanda-tanda penyeksaan. Hanya saja kejadian tersebut masih menyimpan misteri.
Ketika ini polis masih menyiasat kes ini lebih jauh lagi. Seperti, bagaimana boleh kanak-kanak perempuan ini hilang 45 hari lalu? Siapa yang membawanya kembali pulang? Apa yang dialaminya selama 45 hari tersebut? Siapa pula yang merawat dan membelikan baju baru?
Di sebalik semua misteri tersebut, sekurang-kurangnya ibu bapa kanak-kanak perempuan ini boleh bernafas lega. Meskipun dulu sempat hilang, kini anaknya tersebut akhirnya boleh kembali pulang dalam keadaan tidak kurang apapun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment