Saturday 9 May 2015

Filled Under:

Ternyata Bir ini Diperbuat Dari Najis Dan Air Kencing Manusia



Sebuah bir kali ini dibuat dari bahan yang sangat menjijikkan, iaitu tahi dan air kencing manusia. Sebelumnya memang syarikat bir dunia pernah membuat bir dari berbagai macam bahan yang menjijikkan seperti air kencing lembu , bahkan testis paus. 


Bir dari bahan najis  dan air kencing manusia ini dibuat oleh syarikat bir yang ada di Oregon. Idea membuat bir dengan bahan menjijikkan itu bermula dari syarikat air bersih tempatan membuat air minum dari kitar semula air kotor bekas kotoran dan air kencing manusia.

 Mereka yakin boleh membersihkan kembali air yang sudah sangat kotor menjadi air yang bersih, bahkan boleh dimakan dan tidak mengandungi kesan negatif. Syarikat air bersih ini kemudian bekerja sama dengan syarikat bir berasal dari Oregon untuk membuktikan air hasil kitar semula tersebut boleh digunakan untuk bahan pembuatan bir dan selamat.

 Risiko kesihatan dari minum air tersebut sangatlah kecil sehingga air kitar semula itu boleh diminum, seperti yang dikatakan seorang pakar kesihatan tempatan. Rasa dari bir dari hasil air kitar semula kotoran dan air kencing manusia ini masih belum diketahui hingga sekarang.





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers