Monday 14 September 2015

Filled Under:

Pelik,Daerah Ini Menggunakan Matahari Buatan Sahaja


Percayakah anda, di dunia ini ternyata ada sebuah kawasan yang seolah berada dalam kegelapan selamanya. Kawasan yang mempunyai rutin bermusim dimana setiap waktu kurang lebih setengah tahun tidak sedikitpun diterangi oleh sinar matahari, tidak lain adalah Rjukan.

Bandar kecil di Norway yang terletak di sebuah lembah yang dalam di kaki Gunung Gaustatoppen. Curamnya lereng pergunungan di sekitarnya terasa benar-benar menghalang sinar matahari menerangi kawasan tersebut. Terhitung setiap tahun mulai bulan September hingga Mac, daerah Rjukan sama sekali tidak diterangi sinar matahari.



Namun akhirnya, sejak tahun 2013 yang lalu Bandar Rjukan sudah tidak lagi diselimuti kegelapan dan dapat menikmati cahaya mentari pada tempoh tersebut. Dengan bantuan pelaburan awam dan penaja swasta, pihak berkuasa tempatan berjaya memasang matahari buatan dilereng gunung.

Projek cemerlang yang dipanggil 'The Mirror Project', yakni matahari buatan yang berupa cermin raksasa. Terdiri dari tiga papan cermin heliostatic yang berada di lereng pergunungan tempatnya di ketinggian 450 meter .



Cermin tersebut dikendalikan oleh komputer yang mana boleh bekerja menangkap sinar matahari dan kemudian mengarahkannya ke town square Bandar Rjukan. Cermin mengesan dan bergerak mengikut pergerakan matahari di langit sehingga membuat daerah Rjukan dapat menikmati sinar mentari sepanjang hari.









2 comments:

Nuffnang Ads

Followers